RUPA HIPOKRIT YANG TAHU SMM BUAT SALAH TETAP NAK MENGHALALKAN CARA..


EP tak tahu nak komen apa pada Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah ni...Bagaimana seorang pemimpin Islam boleh menyokong dan menggalakkan anak-anak muda yang masih mentah ini melakukan perbuatan yang terkutuk, hina dan ternyata salah disisi agama...

Ini mengesahkan Kata-kata MB Terangganu bahawa PAS sememangnya Parti Ajaran Sesat..Apa saja yang memberi kepentingan politik pada PAS dikira Halal dan dijamin masuk syorga..walaupun ianya bertentangan dengan ajaran agama Islam...tak gitu?? 

Abu Bakar Abdullah perlu ingat memanglah kita tak tahu niatnya melakukan mereka lakukan begitu tetapi ianya mengundang fitnah atas perbuatan mereka itu,jadi bagi pandangan EP apapun niatnya perkara ini tidak harus mereka lakukan karana ia bukan amalan dan ajaran Islam. Nasihat EP pada  Abu Bakar Abdullah..lain kali kalau nak buat kenyataan atau berilah ulasan...buatlah dengan  lebih telus karana Allah tidak ada kepentingan politik...

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah meminta masyarakat mengelak menggunakan simbol kematian bukan Islam terhadap orang Islam.
“Jika simbol menepati kematian bukan Islam, hendaklah dielakkan supaya tidak timbul reaksi yang tidak sihat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, bagi mengulas tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) beberapa hari lalu.
Abu Bakar bagaimanapun menggalakkan orang ramai melakukan sebarang luahan atau ketidakpuasan hati menepati kehendak syarak.
Abu Bakar ketika ditanya mengenai hukum sekiranya menggunakan simbol tersebut terhadap orang Islam bagaimanapun enggan mengulas, namun mengulangi supaya tindakan sama perlu dielakkan pada masa depan.
Mengulas lanjut, kata beliau, sekiranya ia tidak mencerminkan kepercayaan orang bukan Islam, tindakan tersebut tidak mendatangkan masalah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, perkara itu tidak boleh dibuat justifikasi secara tepat kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri terutama di pihak penganjur yang menganggap ia sekadar simbolik dan bukan niat mengkafirkan mereka.
“Kita tidak dapat pastikan sama ada ia mempunyai unsur agama atau tidak, dan perlu kepada ketepatan dari segi kalungan itu.
“Justifikasi tidak boleh dilakukan secara jelas tetapi kalau simbol itu tidak mencerminkan ketidakpercayaan, tidak mengapa kerana ia sekadar melahirkan sesuatu yang tidak memuaskan hati daripada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Abu Bakar berkata, isu pendidikan perlu diberi keutamaan dan tidak sepatutnya membebankan rakyat, memandangkan ia menjadi aset utama negara untuk melahirkan pemimpin pada masa depan.SH

RUPA HIPOKRIT YANG TAHU SMM BUAT SALAH TETAP NAK MENGHALALKAN CARA.. RUPA HIPOKRIT YANG TAHU SMM BUAT SALAH TETAP NAK MENGHALALKAN CARA.. Reviewed by Empayar Pemuda on 1:16 PM Rating: 5

1 comment:

  1. salam..sedarilah bahawa dalam Pas tiada yg betul2 ulama yg benar2 ulama..kalu saya katakan kpd org Pas,tentulah dibantai habis-habisan..tapi dah itu hakikatnya..kerana bukan ulama sebenarlah mereka berani mengeluarkan kenyataan yg mcm2..antara sifat ulama ialah menjelaskan kebenaran kepada masyarakat supaya harmoni..ini tidak..berhukum ikut sedap ati..mereka dilebelkan dgn gelaran2 agama spt tok guru,ustaz..sehinggakan kita terima yg mereka tu tok guru/ulama dalam tak sedar..tidak sama sekali tidak..mereka bukan ulama..hanyalah org politik yg pandai agama mumkin lebih sikit dari kita..mereka hanya pencemar nama baik golongan ulama tanah air..kita perlu betulkan persepsi kita supaya Islam kuat lani & di masa-masa mendatang.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.