Thursday, April 5, 2012


Eloklah tu..bila nak buat demo secara besar-besaran..tak kira la demo apa pun..mesti ahli-ahli PAS yang menjadi mangsa..Pemimpin PAS sanggup mengerah ahli-ahlinya untuk untuk menyertai perhimpunan atau demo yang bakal dianjurkan sementara ahli-ahli DAP dan PKR sedap duduk dirumah...mungkin hanya beberapa kerat saja ahli DAP dan PKR yang tinggal di lembah Klang akan menyertai perhimpunan ini...Itu pun hanya duduk dibelakang...setelah perhimpunan jadi kecoh...mereka pun hilang...

Lihat saja perhimpunan haram bersih 2.0...mana ahli-ahli DAP dan PKR yang bertempur dengan polis...cuma ahli-ahli PAS yang bodoh saja beraa disitu..Itu pun masih tak sedar lagi...Mat Sabu lain...dia ditaja oleh PBAPP dan Guan Eng sekiranya berlaku apa-apa padanya...siap dapat elaun lagi tiap-tiap bulan...Tapi bagaimana pula ahli-ahli PAS yang lain...ada penderma ke sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini...Siapa yang nak tanggung keluarga nanti?? Duit derma tu bukannya boleh makan sampai mati...

EP harap sebelum ahli-ahli PAS menyertai perhimpunan haram ini, fikirlah masak-masak tentang masa depan diri sendiri dan keluarga...malang tidak berbau...tapi kalau boleh elak, kita elak...


PAS hari ini secara rasmi menyatakan sokongan penuh terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi pilihan raya pada 28 April ini.
Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS akan mengerahkan seramai mungkin ahli untuk "Duduk dan Bantah" di Dataran Merdeka, jam 2 petang.
"Saya menyeru ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat turun beramai-ramai bagi menuntut pilihan raya yang bersih.
"Kita anggarkan kehadiran dalam setengah juta rakyat untuk menunjukkan kesungguhan rakyat hendakkan pilihan raya yang bersih dan adil," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Mengulas dakwaan bahawa "Duduk dan Bantah" di Dataran Merdeka akan mencetuskan kekecohan, beliau berkata perhimpuan sebelum ini aman sebelum provokasi pihak polis dan pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
"Itu merupakan tafsiran pihak berkuasa tapi Bersih memilih untuk duduk dan bantah kali ini . Lain kali mungkin kita akan pilih berlari pula... itu dari semasa ke semasa, nanti akan berlari dari Johor ke Kuala Lumpur. 
"Selalu (perhimpunan)aman , selalu dia (polis) tembak gas, orang lari merata. Kalau tak tembak gas tak ada masalah.
"Jangan sekatlah, biar orang masuk ke (Dataran Merdeka). Kalau sembur gas, kandang babi pun kita masuk (sebab pedih) mata," selorohnya.


5 comments:

Anonymous said...

minta polis jangan turun dan buat tak tau je rkalo terjadi rusuhan atau kecederaan biar depa tanggung sendiri ......

Anonymous said...

anoy 5:54
aku sokong..!!!!

Anonymous said...

minta polis perhati saja dari jauh,pendemo cedera pas tanggung kalau polis cedera pas tak tanggung,pendemo mati jadi wira,polis mati dinista.

Anonymous said...

ni bukan masalah sapa wira ka boh bom ka perhimpunan aman ka....ni masalahnya menyusah org...kedai2 tutup, jalan jammed, menyusah org lain, mcm2 lg la...jadi kesimpulannya ni perhimpunan bodoh...yg kerajaan pn sama jg...dah depa mintak mcm 2 ikut ja la...pasepa takut nak ikut?...sebab btoi ka?...hahahahah....aku suka dua2..kerajaan n pakatan...benci pn dua2 jg...hahahah

Bollywood Girls said...

Lebih 18 + panas menunjukkan di sini

Mrinalini Sharma Photo Gallery

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.