Friday, April 13, 2012


Pas negeri hari ini secara terbuka mengakui parti itu ‘lebih kuat’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti tersebut hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Abu Bakar yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu berkata, Pas keberatan untuk membenarkan PKR meletakkan calon seperti yang diminta parti itu iaitu 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen.

“Paling ramai kita mungkin benarkan lima calon (kerusi DUN) sahaja dan dua untuk kerusi Parlimen.

“Pas memang lebih kuat daripada PKR di mana-mana sahaja. Tetapi Pas tetap menghormati PKR sebagai rakan parti dalam pembangkang,” katanya kepada pemberita di Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai senarai calon Pas dan PKR menjelang pilihan raya umum akan datang setelah kepimpinan Pas Pusat dikatakan sudah selesai membuat pembahagian kerusi untuk calon kedua-dua parti berkenaan.

Bagaimanapun kenyataan Abu Bakar itu dilihat bercanggah dengan tuntutan PKR sebelum ini yang berhasrat meletakkan 11 calon untuk kerusi DUN dan tiga bagi kerusi Parlimen di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas negeri memberitahu, jumlah kerusi kepada PKR itu disifatkan paling ideal dan munasabah melihat kepada corak politik di Terengganu.

** Betul ke PAS lebh kuat daripada PKR...Kuat dari segi mana tu...yang EP tahu, PAS selalu diperkudakan oleh DAP dan PKR ada la..Mungkin maksud Pesuruhjaya PAS Terangganu itu kot..kuat diperkudakan...hahahahah

1 comments:

Anonymous said...

PAS LEBIH KUAT MENGELENTONG..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.