PANAS : KIT SIANG DAN GUAN ENG BENGANG BILA NAJIB DEDAHKAN RAHSIA MEREKA...


Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat supaya terus menyokong kerajaan BN bagi memastikan visi menjadikan Malaysia negara maju dapat dicapai sepenuhnya.


Perdana Menteri berkata negara memerlukan kepimpinan kuat dan berkebolehan bagi merealisasikan aspirasi Malaysia menjadi negara berstatus maju serta berpendapatan tinggi.



"Pembangkang boleh menawarkan anda matahari, bulan malah galaksi tetapi ini seolah mencabar kebijaksanaan anda.



"Tetapi saya pasti, sekarang anda dapat membezakan perkara yang baik untuk negara dan apa yang boleh dicapai oleh negara," katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di Sandarakan, Jumaat malam.



Katanya negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang seperti Selangor gagal menunaikan janji 32-perkara pada pilihan raya lepas termasuk pengurangan cukai tanah dan elaun bulanan kepada golongan ibu tunggal.



Najib berkata kerajaan Kedah dan Kelantan tidak banyak membawa perubahan manakala pelaburan di Pulau Pinang ketika ini merupakan syarikat yang pernah melabur ketika pemerintahan kerajaan BN di negeri itu.



Bagaimanapun, katanya, kerajaan BN mempunyai agenda jelas dalam hala tuju negara dan rekod pencapaian kepimpinan BN sudah teruji semasa krisis ekonomi pada tahun 2009.



Katanya ada pemimpin negara yang keluar daripada kerajaan BN kini menjanjikan pelbagai perubahan untuk rakyat namun tidak melakukan sebarang perubahan ketika masih berkuasa sebelum ini.



Menurut Najib pemimpin berkenaan ketika berada dalam BN menyokong segala langkah kerajaan pada ketika itu namun selepas berada di luar kerajaan, suara pemimpin berkenaan sudah berubah dengan menentang keputusan mereka sendiri dahulu.



Misalnya, Najib berkata Program Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperkenalkan oleh beliau ketika menjadi menteri pelajaran disokong oleh pemimpin pembangkang yang ketika itu Menteri Kewangan namun hari ini beliau sendiri yang menentangnya.



Malah, katanya pemimpin pembangkang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng turut menyokong penubuhan PTPTN dengan mengundinya di Parlimen.



Justeru itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak menyokong pemimpin yang sentiasa berubah pendirian sebaliknya menyokong pemimpin yang meletakan kepentingan rakyat daripada segalanya.
- Bernama
PANAS : KIT SIANG DAN GUAN ENG BENGANG BILA NAJIB DEDAHKAN RAHSIA MEREKA... PANAS : KIT SIANG DAN GUAN ENG BENGANG BILA NAJIB DEDAHKAN RAHSIA MEREKA... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:33 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.