Sunday, April 8, 2012


Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu berikutan keengganannya untuk berjumpa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi berbincang mengenainya sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008.

Bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, bukan sahaja tidak mahu berjumpa, beliau yang mewakili 21 NGO Islam untuk menyerahkan memorandum pernah dihalau dari pejabat Ketua Menteri oleh Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.

Beliau berkata, sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Kerajaan DAP Pulau Pinang menghubunginya mengenai perkara itu.

"Saya berusaha membuat temujanji nak jumpa ketua menteri (Guan Eng) sejak minggu pertama pembangkang memerintah. Kita ada banyak soalan seperti apa nak dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang.


"Bukan sahaja dia (Guan Eng) tidak mahu jumpa, sampai hari ini tiada siapa pun tanya mengenainya. Semakin teruk pula berlaku ke atas orang Melayu Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di depan kira-kira 5,000 orang yang hadir pada program Ceramah Perdana anjuran Gerakan Belia 4B Cawangan Nibong Tebal di Sungai Acheh di sini malam tadi.

Hadir sama bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Mohamed Hafiz memberitahu, antara hak orang Melayu yang dipermainkan oleh Guan Eng ialah penjualan tapak masjid di Bayan Mutiara.

Beliau menambah, Guan Eng sebaliknya menafikan berbuat demikian dan menuduh pihak lain yang mencetuskan isu itu sebagai rasis.

"Saya bukan nak membawa isu perkauman, (dalam hal ini) tetapi orang yang selalu menyebut orang lain rasis, dialah sebenarnya yang rasis. Tidak pernah berlaku pemimpin jual tanah masjid kecuali sejak pakatan rakyat (pembangkang) mentadbir negeri ini," ujarnya.

3 comments:

Anonymous said...

belum terlambat utk sedar kembali... demi agama dan hak2 bangsa melayu

Anonymous said...

Padan Melayu Penang...lepas nie bagi depa berak dengan kencing depan rumah pulak..dah tau perangai tapi nak cuba tukaq..kot2 yg baru lebih baik..baru padan muka

mat din said...

Lain kali jangan jadikan Alquran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.Inilah padahnya.Kafir itu sentiasa memusuhi islam sampailah kehari kiamat.Saya yakin dan percaya kalau puak puak ini memerintah Mlaysia Alquran akan diharamkan terus.Tunggu masa,tunggu ketika nya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.