Wednesday, April 18, 2012


Petang semalam beberapa wartawan dan jurugambar melawat Bob Kuman, 41 tahun, di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Turut berada di lokasi sama, Naib Ketua Biro Muda SENIMAN, Elyas Iskandar, 37 tahun.

Saya kemudian menerima pesanan ringkas, SMS, dihantar Naib Presiden SENIMAN.

Berikut antara kandungan utama SMS terbabit.

'Sazali anak Allahyarham P. Ramlee terjatuh basikal sewaktu balik dari kerja dan menurut doktor tisu lututnya koyak dan tulang lutut tercedera. SENIMAN melalui Biro Muda SENIMAN membuat surat sokongan kepada pihak kementeriaan ... dana RM10,000 disampaikan kepada Sazali di The Curve, Mutiara Damansara, jam 11.30 pagi tadi'

Syukur.

Saya berharap, semua insan bergelar artis mampu dibantu jika mereka berada dalam kesusahan namun mereka harus mendaftar menjadi ahli SENIMAN terlebih dahulu. Suara persatuan tentunya lebih didengari berbanding laungan artis secara individu sewaktu ditimpa bahana.

Terfikir, jika artis itu Aaron Aziz, bagaimana? Oh! Barangkali Aaron bukan antara 5,000 ahli SENIMAN justeru. tidak timbul sebarang isu. Seterusnya

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.