Friday, April 6, 2012


Parti Progresif Penduduk (PPP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara di negeri itu.
Laporan itu dibuat oleh PPP bersama Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Ikatan Rakyat Ihsan Muslim (IRMM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 pagi ini.
Menurut mereka, tindakan pemimpin Kerajaan Pulau Pinang mengambil ‘tanah emas’ Bayan Mutiara untuk membina bangunan Penang World City (PWC) itu disifatkan sebagai tindakan yang mengguris perasaan umat Islam dan masyarakat Melayu di negeri berkenaan.
Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk Thajudeen Mohideen berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bersetuju terhadap penjualan tapak masjid dan sekolah kepada pemaju swasta itu ternyata menjatuhkan maruah umat Islam di negeri itu. – UTUSAN

**EP nak tengok berapa lama Guan Eng boleh berdiam diri dan lari daripada menjawab pertuduhan ini..Mungkin rakyat Malaysia yang tak reti berbahasa cina tertanya-tanya..kenapa Lim Guan ENG sepi tanpa berita...Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah Lim Guan Eng menggunakan akhbar cina untuk mengalih perhatian rakyat cina di Pulau Pinang dari isu Bayan Mutiara kepada isu perkauman dan rasis...

Lim Guan Eng tidak menjawab persoalan yang diutarakan oleh Shaik Hussien mengenai penjualan tapak masjid dan sekolah sebaliknya dia menyalahkan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang kerana bermain isu perkauman...

Tengok bagaimana jahatnya Guan Eng..Dia cuba nak main api perkauman tapi dia tuduh orang lain yang lakukan...EP harap lebih ramai lagi rakyat Pulau Pinang akan bangkit untuk mendedak Lim Guan Eng mengembalikan tpak masjid dan sekolah pada agensi yang berkenaan supaya ianya dapat dimanfaat oleh rakyat...


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.