Friday, April 27, 2012




Esok, banyak pihak di sekitar ibu kota sudah pun merombak jadual rutin hari Sabtu.

Pusat-pusat tuisyen, kolej persendirian, klinik serta premis perniagaan tidak akan menjalankan aktiviti biasa hari Sabtu kerana tidak mahu mengambil risiko ekoran perhimpunan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka meskipun kawasan itu telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apabila ramai berhimpun, lebih-lebih lagi di kawasan terbuka dan didalangi pihak politik, tiada jaminan kerosakan harta awam atau kemalangan tidak akan berlaku.

Kini, banyak tertanya-tanya bagaimanakah APA atau Akta Perhimpunan Aman 2011 dapat menjamin hak dan kebebasan awam yang mungkin terjejas.

Mungkinkah pihak berkepentingan mahu menguji keberkesanan APA melalui perhimpunan kali ini? Masyarakat umum pula tertanya apakah kuasa polis untuk mengawal ketenteraman awam kini semakin terhad?

Kegelisahan itu adalah ekoran pihak polis kali ini tidak banyak mengeluarkan kenyataan berhubung perhimpunan itu, sebaliknya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang berulang kali mengingatkan penganjur bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan larangan dan hanya acara bertaraf nasional sahaja boleh diadakan di situ.

Seorang pegawai kanan polis Bukit Aman berkata pasukan polis menghormati semangat di sebalik penggubalan APA, iaitu untuk memberi hak berhimpun secara aman, dan sekaligus membina budaya demokrasi yang sihat.

Tetapi, katanya ia tidak bermakna pihak polis hanya berdiam diri dan tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya berlaku sesuatu yang di luar batasan undang-undang.

APA 2011 yang diluluskan Parlimen hujung tahun lepas, antaranya bermatlamat memastikan bahawa, selagi wajar, rakyat berhak menganjur dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.

Dalam masa yang sama, APA juga menyenaraikan "hak dan kebebasan orang lain", iaitu termasuk hak untuk menikmati harta bendanya; hak kepada kebebasan bergerak; hak menikmati persekitaran semula jadi; dan hak untuk menjalankan perniagaan.

Juga disebut antara bentuk kesalahan, iaitu jika disertai bukan warganegara, di tempat larangan atau membawa kanak-kanak.

APA juga memperuntukkan hak bagi orang yang mempunyai kepentingan untuk membangkitkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan itu dengan sebabnya.

Antara tanggungjawab penganjur ialah memastikan peserta perhimpunan tidak menganggu ketenangan awam, tidak menyebabkan kerosakan harta atau alam sekitar serta tidak membuat kenyataan yang menimbulkan permusuhan awam.

Peruntukan penguatkuasaan oleh polis diperuntukkan di bawah sekysen 20 iaitu termasuk kuasa menangkap, langkah-langkah perlu memastikan pematuhan secara sukarela oleh penganjur dan peserta serta kuasa menyuraikan perhimpunan.

Sifat penting APA berbanding dengan peruntukan undang-undang sebelum ini ialah ia telah menghapuskan keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan.

Selain itu hukuman penjara ditiadakan dan hukuman yang bakal dikenakan hanya bersifat denda iaitu tidak lebih daripada RM10,000, kecuali bagi kesalahan tidak patuh arahan bersurai, tidak lebih RM20,000.

Jika dilihat perkembangan terkini, iaitu setelah DBKL memaklumkan bahawa Dataran Merdeka adalah kawasan larangan, maka sesiapa yang gagal mematuhi sekatan tersebut boleh dianggap melakukan kesalahan di bawah akta ini.

Dengan menolak tawaran mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Merdeka, Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bola Sepak di Cheras, peserta perhimpunan dikhuatiri akan berkumpul di jalan-jalan di sekitar bandaraya seperti tahun lepas, yang boleh menjadikannya suatu kesalahan sebagai protes jalanan.

Kementerian Dalam Negeri menganggap isu utama perhimpunan kali ini bukan lagi soal kebenaran mereka untuk berhimpun tetapi lebih kepada pemilihan lokasi yang lebih sesuai.

Setakat ini, lokasi alternatif yang menjadi pilihan pihak penganjur ialah Pasar Seni, Masjid Negara, KLCC, Brickfields, Jalan Sultan dan Masjid India.

Hari ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Mahkamah Magistret telah membenarkan larangan agar perhimpunan itu tidak diadakan di Dataran Merdeka.

Justeru, beliau meminta pihak penganjur dan peserta perhimpunan agar mematuhi larangan mahkamah itu.- Bernama

4 comments:

Anonymous said...

kalu tak mau pi dok diam sajala....

biaq yg yakin & berani dlm perjuangan rakyat saja pi.......... mereka tu taklah dilembukan oleh UBN dgn rasuah, ugutan, kelentong, wang & hiburan, double standard, dll ....

BERSIH 3.0 ... dari penipuan & pengkhianatan UMNo/bn dlm PRU ... RTM, SPR, JPN, pdrm?

Jom pi duduk-bantah .....esok 28/4/12...

Anonymous said...

UMNO .. beri hak mengundi kpd warga asing............. ???????????? beri IC biru kpd PATI? ........ kuasa warga asing di Malaysia sungguh berbisa & bertuah kerana 'nafsu' UMNO .... serah kuasa poltik kepada bangsa asing sejak dari dulu lagi... itulah sebahagian politik kotor untuk umno lanunkan hak rakyat........... melayu belum sedar lagikah??

Tahniah mahasiswa insaf yg bijak... tidak dilembukan dengan dakyah politik sempit UMNO/BN... mereka bukan mahasiswa mata duitan yg menjual intelektualiti demi UMNO ......


G. Bye umnooooo .......

Anonymous said...

Bersikan juga cerita2 fitnah dlm Harakah n suara keadilan,bersihkan juga salahlaku dalam PR!jangan jubor orang kita tengok,jubor sendiri bergelumang taik.....................

Anonymous said...

warga asing bukan kuasai... tapak2 pembinaan, ladang2, kilang2, pasar2, station minyak, ... tapi mereka dah kuasai peti2 undi setiap pilihanraya....?? ... mengapa kita perlu simpati kepada UMNO yg durjana ini???


Jom BERSIH 3.0... rakyat berjiwa Bersih, Bijak, Berani & Berdayajuang ..... tundukkan kekuasaan mustakbirin UMNO/BN .. . dataran merdeka...28/4/2012 ...... bagaikan "rintihan" gaddafi menagih nyawa ditangan rakyatnya..............

tinggalkan juak2 upahan UMNO/BN kesepian diri dan kekontangan minda murni ...... mereka tahu hanya menyebar bahan lucah & fitnah politik ... sebagaimana ajaran Madey King of Conspirator!

............ bersih 3.0 ... sucikan politik malaysia dari najis umno/bn!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.