KERANA TEKANAN PERASAAN, PELAJAR UPSI MATI TERJUN BAGUNAN...


TANJUNG MALIM -Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.
Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.
"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.
"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan.
Kata sumber itu lagi, mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.
Ketika kejadian, katanya, mangsa berpakaian muslimah, berseluar trek dan bertudung.
"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.
Sinar Harian cuba menjejaki rakannya, namun masih gagal kerana mangsa berkemungkinan tidak tinggal di kolej kediaman tetapi tinggal di kediaman luar kampus.
Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian Online dalam mesej Facebook menulis bahawa "seorang mahasiswi Upsi semester empat, minor Bahasa Arab terbunuh setelah terjatuh dari Bangunan E-Learning sekitar jam 5.30 - 6.00 petang tadi."
"Kami diberitahu dari tingkat empat dan identiti mangsa juga telah dikenal pasti dan akan disiarkan sebaik sahaja disahkan," kata pengunjung itu.



KERANA TEKANAN PERASAAN, PELAJAR UPSI MATI TERJUN BAGUNAN... KERANA TEKANAN PERASAAN, PELAJAR UPSI MATI TERJUN BAGUNAN... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:55 AM Rating: 5

5 comments:

  1. Innalillah...

    MENGAPA ANWAR IBRAHIM MENYOROK DALAM KAIN NURUL IZZAH? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. x sangka...otak je cerdik tp fikiran pendek...selesai sudah masalah si dia....
    mak bapak tggung malu...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum. saya kawan arwah, mohon untuk tidak memburukkan arwah kerana siasatan masih dijalankan. juga tidak mempercayai kata-kata tidak sahih dari mulut pemberita tabloid. arwah adalah seorang yang baik, moga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang saleh. ameen ya rabb.

    andai anda salah anda berdosa kepada arwah. mohon ampunan padaNYA. faghfirlana ya rabb.

    ReplyDelete
  4. kita ni manusia bukan tuhan. Bila dengar kes kematian, kita cuma perlu kata innalillah. Tak perlu lebih daripada itu. Dia masuk neraka atau syurga, Allah saja yang tahu. Ada terbaca yang arwah ada mengadu terdengar suara suara atau bisikan bisikan. Mungkin ini "gangguan", mungkin ini schizophrenia. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa saja. Mungkin susah untuk kita faham sebab kita tak mengalaminya.

    Apapun, bersangka baiklah sesama manusia. Arwah tak hidup lagi untuk mempertahankan dirinya, so hentikanlah menghukum dia. Fikir pasal diri kita sendiri samada syurga atau neraka nasib badan kita nanti

    So anonymous, keep your "wise" judgement to yourself

    ReplyDelete
  5. sikap saudara seagama ucapkan innalillah terhadap musibah saudaranya & doakan kebaikan untuknya

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.