Thursday, April 12, 2012



Kenapa PTPTN?

Sejak akhir-akhir ini EP tengok Isu pemansuhan PTPTN sedang hangat diperkatakan. Tak cukup di media cetak dan media elektronik, di kedai-kedai kopi juga menjadi tempat perbahasan mengenai isu yang tak sepatutnya menjadi isu ini.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan kertas cadangan lengkap mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara ini.
Menurutnya, kertas itu akan mengambil kira pemberian elaun, kos sara hidup, yuran dan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai komitmen untuk memberikan pendidikan percuma.
Kertas yang dirancang itu bertemakan "pendemokrasian akses kepada pendidikan berkualiti". 

"Sekarang ini tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA), universiti awam terbatas maka, terpaksa pergi ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan kosnya dua kali ganda. Kalau di IPTA (kosnya) RM25,000, di IPTS RM50,000.


"Beban boleh dikurangkan, maknanya kalau kita ambil alih sahaja, saya akan mengarahkan menteri pendidikan yang baru, terus sahaja runding dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat kerajaan, dan kerajaan terus tambah (peruntukkan).

Kenapa pakatan pembangkang menggunakan PTPTN sebagai gula-gula pilihanraya? Kenapa bukan pinjaman pelajaran dari MARA, JPA atau YAYASAN KERAJAAN NEGERI? EP rasa mungkin ini jawapan yang paling tepat 'KENAPA PTPTN?'.. 

SEBILANGAN BESAR PELAJAR BERBANGSA CINA MEMINJAM DENGAN PTPTN!!!!  

Mungkin sebab  itulah Anwar dan pakatan haram beriya-iya sangat nak menghalalkan pinjaman PTPTN. Tujuan mereka hanya satu. INGIN MERAIH DAN MENJAGA UNDI KAUM CINA!!! EP bukannya nak bersifat RASIS tapi inilah hakikatnya...Kenapa isu ini dibangkitkan bila hampir dengan pilihanraya?? Agenda POLITIK bukan..Ini bagi memastikan kaum cina sentiasa benci dengan kerajaan...

Seperti yang kita tahu rata-rata graduan bumiputera mendapat pinjaman daripada JPA, MARA atau melalui Yayasan Kerajaan Negeri. Jadi mereka ni teruslah kena langsaikan hutang piutang mereka. Kenapa? Sebab mereka Melayu dan Anwar sendiri sudah tidak yakin dengan undi Melayu..Sebab itu Anwar dan pakatan haram tak peduli pun nasib bangsa Melayu. Yang penting jaga bangsa Cina macam ‘teloq’ baru boleh tawan Putrajaya..

Kalau betul la mereka adil, kenapa tak halalkan pinjaman pelajaran untuk semua? EP rasa Anwar sendiri tahu dia tak mampu lakukan..PTPTN ni pun belum tentu mampu nak buat...tapi demi survival politik mereka, seperti biasa janji didahulukan.. Kenapa Anwar tak announce jek kat rakyat Malaysia ni yang semua jenis pinjaman pelajaran akan dihalalkan oleh pakatan haram. Kan senang... cepat sikit nak menang. Lagipun puak haram jadah ni kan kerjanya tabur janji je... Bukan kena tunaikan pun... Biasa dah... Faham dah...

Bagaimana Anwar nak klasifikasikan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak mendapat pendidikan percuma?? Miskin atau kaya??Kuota pula macam mana??Dah percuma tak kan ikut kuota lagi..Siapa yang terbaik akan dapat...Confirm pendidikan percuma ini akan jadi macam skim pinjaman buku teks satu ketika dulu..Cina yang kaya istihar pendapatan mereka rendah kerana tiada slip gaji...dan orang Melayu terpaksa beli buku teks kerana slip gaji yang terlebih RM1..

Kenapa ISU ini menjadi ISU? Kerana ramai rakyat Malaysia yang tak reti-reti nak sedar dan susah benor nak paham. Puak-puak yang percaya akan janji kosong pakatan haram ini adalah puak-puak yang Melihat dengan Mata Buta. Mendengar dengan Telinga yang Pekak. Menilai dengan Otak yang Beku dan Merasa dengan Hati yang Bengkak. Mereka ni kalau pakatan haram janjikan bulan dan bintang pun depa percaya. 


** Percayalah satu hari nanti Anwar akan umumkan UiTM akan dibuka pada bangsa asing...cuma tunggu masa yang sesuai saja...

6 comments:

Adi Kencana said...

Anwar ni memang kaki putar alam...

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR HALAU MELAYU KELUAR BANDAR! IKTIBAR BUAT PENDUDUK KG BHARU. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

KUPASAN YANG BAIK DAN HARUS DISEBARKAN..RAMAI ORANG YANG MASIH BELUM TAHU MUSLIHAT PEMBANGKANG NIE.

Anonymous said...

yeke sebilangan besar pelajar berbangsa cina meminjam dengan PTPTN???boleh tunjuk fakta x??macam mana pulak dengan pelajar UiTM yang majoriti bumiputera n mostly student UiTM sendiri meminjam dari PTPTN dan bukan MARA atau pinjaman lain...x salah untuk kita membahaskan tentang isu ini kerana ekonomi negara sekarang dah semakin kukuh dan saudara juga kena sedar, isu ni sebenarnya semakin rancak apabila pihak kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta...mungkin ada baiknya juga sekiranya saudara bahaskan dimana rasionalnya hutang 589 juta itu dinafikan....

Anonymous said...

Yeke sebilangan besar pelajar berbangsa cina meminjam dengan PTPTN?? boleh x saudara tunjukkan bukti yang saudara ada??? bagaimana pula dengan pelajar UiTM yang kebanyakannya kaum bumiputera n mostly dorang ni meminjam daripada PTPTN dan bukannya MARA atau pinjaman lain?? X salah pun sekiranya isu ini dibahaskan kerana ekonomi negara sekarang sudah semakin maju dan berada di tahap yang baik. Dan saudara juga perlu sedar, isu ini jadi semakin hangat apabila pihak keraajan mengambil tindakan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Mungkin ada baiknya juga sekiranya saudara membahaskan dimana rasionalnya hutang 589 juta ini dihapuskan??? Kalau hutang boleh dihapuskan, kenapa PTPTN tidak boleh dimansuhkan????

Anonymous said...

Kata orang Melayu dah semakin maju, kenapa takut dgn cabaran? kenapa takut dgn konsep HARDWORK dan kerajinan? Kenapa menuding jari? kenapa tidak mengambil contoh baik kaum lain sebaliknya hanya tahu bersifat hasad dengki? Kata Islam? Kalau hendak jadikan Malaysia maju, bukan hanya tahu menuding jari tetapi berkerja dan jadikan diri sendiri sbg contoh baik bagi orang lain utk ubah pandangan mereka.. Tak rugi apa2 kalau bersifat mulai seperti yang ditunjukkan Nabi. Maaf kalau tersinggung perasaan jika terkasar bahasa.. :)

Anonymous said...

Kata orang Melayu dah semakin maju, kenapa takut dgn cabaran? kenapa takut dgn konsep HARDWORK dan kerajinan? Kenapa menuding jari? kenapa tidak mengambil contoh baik kaum lain sebaliknya hanya tahu bersifat hasad dengki? Kata Islam? Kalau hendak jadikan Malaysia maju, bukan hanya tahu menuding jari tetapi berkerja dan jadikan diri sendiri sbg contoh baik bagi orang lain utk ubah pandangan mereka.. Tak rugi apa2 kalau bersifat mulai seperti yang ditunjukkan Nabi. Maaf kalau tersinggung perasaan jika terkasar bahasa.. :)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.