Thursday, April 26, 2012


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada menteri Umno.

Zuraida berkata, surat melalui peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Zuraida berkata, surat itu juga memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan dimulakan.

"Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.

"Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?" soalnya yang juga anggota parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata, beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.

"Saya akan buat satu sidang akhbar dan berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.

"Tapi sekarang, mari kita tumpukan perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya Sabtu 

**Inilah standard Ketua Wanita PKR..mempersoalkan benda yang bodoh..."Mengapa pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagi peguam?".. Sejak bila Datuk Seri Shafee Abdullah declare dia peguam UMNO...Zuraida ada bukti ke dia dibayar gaji oleh UMNO...hahahahaha..bodoh betul..

Kalau macam tu Zuraida patut persoal Karpal pusing...suruh dia hanya tumpu pada kes yang melibatkan pakatan haram saja..Jangan ambil kes luar..

5 comments:

Anonymous said...

padan muka ko mak lampir muka da buruk perangai macam muka

Anonymous said...

...hal peribadi nak jaga tepi kain orang..ini lah bangsa Melayu ku...dapat bayar kah saman. kalo tak da bukti..baik diam dari menyibuk hal orang lain...mak lampir oooohhh mak lampir..jijik tengok muka mu..mcm muka raja lawak Osbon pun ada

Anonymous said...

memang bodoh perempuan singapura ni.kalau dah hebat sgt balik bertanding di singapuralah

Anonymous said...

hahahahaha...padan lah muka kau mak lampir, muka buruk perangai pun buruk..jangan kau ingat kat malaysia ni ada Kapal Sink aje..terkincit kincit kau pabila dgr nama Datuk Shafee....ambik ko,inilah akibatnya apabila orang bodoh mcm ko bercakap....

Anonymous said...

memang bodoh pun.....rupa hodoh perangai buruk tak guna sesen pun

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.