HOT : SITI NURHALIZA HENTAM ZEK ZAIDI DAN BELA AARON AZIZ...


Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular 2011, kelmarin.

Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu adalah tidak wajar.

“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan.

"Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.

“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal,” kata beliau - SH
HOT : SITI NURHALIZA HENTAM ZEK ZAIDI DAN BELA AARON AZIZ... HOT : SITI NURHALIZA HENTAM ZEK ZAIDI DAN BELA AARON AZIZ... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:41 PM Rating: 5

23 comments:

  1. Kalau ncm tu shahrukh khan patut juga dicalonkan hehehe tudak lupa michael yeoh... Hehehe

    ReplyDelete
  2. boleh jg srk dan michael yeoh dicalonkan dengan syarat mereka berlakon dlm filem malaysia dan bertutur melayu.... hehehehe..

    ReplyDelete
  3. Cmtu blh la calon kan maher zain gak. Dia blh nyanyi mlayu ^ ^ haha

    ReplyDelete
  4. Dari dulu selalu dengar artis cakap industi hiburan kita kecil. Kalau dah kecil, kenapa masih layan penghibur dan artis dari negara lain, natijahnya selama lamanya industri kita kecil.
    Tanpa apa apa alasan lagi, sepatutnyalah Zek Zaidi komen ........

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...tak payah dok layan la depa ni semua tak ada faedah apa-apa pun.

    ReplyDelete
  6. ala sekali sekala layan pula cerita artis..asyik dok layak cerita politik..serabut kepala

    ReplyDelete
  7. artis minta bantuan rumah??? ..tinted????

    ARTISSS SUDAH TUUU!!!

    ReplyDelete
  8. AKU SOKONG Z ZAIDI.

    SIAPA M.NASIR? SIAPA OBRI SWITO? SIAPA AHMAD DANI? ORANG MALAYSIA KE?
    MACAM LAH MALAYSIA NI TAK DE ORANG YG BERBAKAT.

    SEOLAH OLAH ORANG MALAYSIA NI MEMANG BANGSAT.

    ReplyDelete
  9. Korang ni mesti org kelantan kn...

    ReplyDelete
  10. apa kena mengena dengan kelantan??

    ReplyDelete
  11. langkah pertama bantah pencalunan...tiada pencalunan artis bukan rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  12. Sorry lah. Tuan-Tuan. Saya sokong zek. Luahan seorang anak seni lakonan malaysia.kata anak seni lagu(siti) itu seolah-olah rela jika musik-musik malaysia juga disertai oleh penyanyi atau kumpulan luar(indon ke,Kpop ke) juga bertanding.kesian hans isacc anak malaysia hanya dapat hanya dapat anugerah pelakon bukan ?????..
    Saya juga peminat aaron dan maheer zain. Tapi tak rela jika maheer zain juara musik-musik atau Abbbh.
    Harap-harap jaganlah PM kita besok orang luar sebab banyak undi.
    Kepada penyanyi-penyanyi kesianilah pelakon malaysia.
    Kita orang Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Tak di nafikan org MELAYU mmg byk bakat, contoh P.Ramlee, Aziz Satar,M.Nasir, Siti Norhaliza,Zek Zaidi, Aron Aziz..pokoknya org melayu, x kiralah kerakyataan mana. di singapore, mgkn susah arron nak cari makan sbb dia melayu, rugi la bakat yg dia ada selama ni.Shah rukh khan tu bukan melayu sama mcm dato micheal.(Depa pun dah artis 5 bintang, x main ler berlakun filem melayu, sapa lak nak bayar depa) Majoriti pengundi adalah org melayu.Mcm bola la, lion X11, silap hbulan bole jadi juara liga @ juara malaysia. Takkan bila depa jd juara kita nak pertikaikan , pokok pangkalnya SAPA yg masukkan mereka, mcm tu lah jugak kes arron ni. Kalu 10 thn berturut2 arron pegang pelakon porpular, mmmg betullah kata zed tu,tp kurang2 nya artis malaysia kena la pertingkatkan mutu lakunan. Apa kata ombak rindu 2, zed jadi hero lak, arron jadi org jahat..kita tgk sapa lebih popular

    ReplyDelete
  14. saya sokong Anonymous said..datuk iti harus sedar dan bersama2 zed utk memperjuangkan artis tanahair..kalu rakyat malaysai terus mnyokong aris luar..itu akan menyekat periuk nasi datuk siti jgk..cuba bayangkan,generasi akan datang x kenal datuk siti dek sbb mgagung2kan artis luar?mungkin masa tu,barulah datuk siti sedih dan sokong zed...dah terlambat datuk..dah terlambat...

    ReplyDelete
  15. Tak tahu lah aku dgn cara korang berfikir ttg artis dan dunia seni Malaysia ni..baru sorang orang luar menang, dah memberontak dan perli memperli. Dulu Datuk M Nasir pernah terima anugerah dan menang dalam banyak acara2 pengiktirafan seninya. Ada jugak yg perli sana sini tetapi demi untuk kemajuan anak seni orang Melayu, Datuk M.Nasir telah membuktikan dia telah menjulang musik melayu Malaysia ketahap yg dibanggakan. Ada siapa yg bangkang sekarang? Malah dia disanjung dgn gelaran sifu lagi. Malah anak kelahiran Singapura tu jugaklah kita bangga dgn musik2 melayu hingga sekarang. Harap korang jgn berfikiran jumud yg seni orang melayu hanya untuk Melayu Malaysia sahaja. Bangsa Melayu berada di serata pelosok benua beb. Jadi kita patut bangga dgn penglibatan orang Melayu dalam seni tanahair kita ni. Aaron Aziz antara contoh pelakon bukan Melayu Malaysia yg berjaya mencipta populariti diMalaysia sekrang. Jadi pelakon melayu Malaysia yg ada, jgn dok jaki dgn pencapaian bangsa sendiri. Terus berusaha beb. Kalau ada perasaan hasad dengki mcm ni, sampai bila melayu Malaysia nak maju dalam seni. Fikirkanlah.

    ReplyDelete
  16. Terimalah kenyataan pelakon Malaysia kurang hebat..asyik berlakun cerita hantu aje mana boleh pergi jauh...yang undi pun penonton Malaysia jugak. Para pengundi lebih tahu siapa yang layak..tak payah la nak bising2 lagi...kepada yang kalah tu berusahalah lebih gigih lagi..jaga displin dan jangan over acting..jangan demand terlalu tinggi kurangkan kontroversi tingkatkan produktiviti.

    ReplyDelete
  17. Tahniah kepada Aaron Aziz...awak memang hebat dan memang patut menang...semoga berusaha dengan lebih gigih lagi untuk pencalonan yang akan datang...jangan peduli suara2 yang negative...biasa la orang kita memang macam tu...sampai bila tak akan maju * ibarat ketam dalam baldi * kepada yang tak faham perumpamaan ini boleh ke Dewan Pustaka cari maksudnya...

    ReplyDelete
  18. Biasa la... siti nurhaliza suka org luar rampas hak org malaysia sbb dia pun kaki rampas juga. Zed tak yah dengalah komen kaki rampas. Zed harus pertahankan periuk nasi artis malaysia kita. Biar org mcm siti tu nak agungkan org luar janji zed pertahankan org malaysia kita. Walau org melayu pun si aaron tu tapi dia bukan warga sini. Yang penting rakyat malaysia yang patut dapat manafaat dari rezeki yang datang dari bumi malaysia. Bukan org luar. Patutnye siti jangan jadi rakyat malaysia sbb dia suka agungkan org luar. Suruh lucutkan kerakyatan si siti tu sbb dia seolah2 menjadi penghianat rakyat malaysia. Dulu org kata ifa raziah sbb jadi wakil singapura. Skrg amacam pula bab si aaron aziz tu... hmmm. fikir2 kan lah...

    ReplyDelete
  19. Anon 9:43am

    Cetek tol fikiran nko lah. Apehal nak lucut2 kerakyatan sesorang kerana menyokong artis Melayu luar yg menang ABH?.rasional sikit lah..jgn ikut rasa je artis nko tak menang, nko leh cakap cam tu...

    ReplyDelete
  20. artis luar yang bekerja di malaysia ni perlu pakai permit kan? ini persoalan yg wajar di BERI PERHATIAN!!!

    ReplyDelete
  21. sangat2 tdk setuju dgn siti nurhaliza tapi menyokong penuh tindakan zed zaidi yg mempertahankan hak pelakon kita.tahun hadapan pastikan pelakon yg bukan berkerakyatan Malaysia tdk boleh bertanding.

    ReplyDelete
  22. Salam kpd semua,pertama kpd datuk siti,saya harap datuk siti menyokong zed zaidi,salah kah dia memertabatkan bangsa sendiri?salahkah dia menjadi seorng patriot?salahkah dia mencetuskan idea supaya pentingkan rakyatnya sendiri?salahkah dia menjadi orng yg pertama utk menentang penindasan terhadap karya seni,pelakon penyanyi dll? Patutkah kita menyokong yahudi masuk kedalam negara islam? Patutkah kita menyokong penindasan islam?patutkah kita menyokong tanah kita dirampas oleh sultan suluk?patutkah kita membiarkan jiran kita memberi anak kita mkn?patutkah anak kita memuja ibu jiran kita,bukan ibu sendiri? Kepada datuk siti nurhaliza dan yg terlalu rasional sangat katanya? Patutkah anda menentang orng islam yg sedang berjuang di palestin utk mempertahankan negaranya? Perlukah mereka rasional utk menunjukkan mereka konon2nya matang? Fikir sendiri...saya amat bangga kerana zed zaidi mempunyai karisma kenegaraan yg amat tinggi,dia tau sejarah akan mengatakan dia racist tapi dia tetap memperjuangkan nasib pelakon anak seni malaysia.Akhir sekali,salahkah rakyat indonesia yg amat patriotik terhadap negara mereka,smp artis kita pun mereka tk mainkan lagu dan tak menjemput pun buat apa2 program di indonesia.

    ReplyDelete
  23. alaaaaah,apo 2yolaaaaah,janji citi tu comei ,goma atuk nengok ./tuk uban

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.