HOT : RITA RUDAINI SANGGUP BERBOHONG UNTUK MALUKAN AIDIL ZAFUAN??


Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, sudah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya yang juga pelakon terkenal, Rita Rudaini Mokhtar, 36, melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, kelmarin.

Aidil dalam laporan Berita Harian berkata, tindakan itu terpaksa dilakukannya sebagai jalan penyelesaian terhadap kemelut rumah tangganya yang berlaku sekian lama sehingga menjadi perhatian ramai walaupun mengakui ia bukan keinginannya.

"Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya, semalam (kelmarin). Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan.

"Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu," katanya di Seremban, semalam.

Pemain pertahanan yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia itu memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.

Dalam pada itu, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu turut menafikan dakwaan mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan.

"Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas.

"Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka," katanya.

Mengulas lanjut hubungannya dengan keluarga Rita, Aidil yang juga abang kembar kepada seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha, berkata dia tidak mempunyai masalah dengan keluarga mentuanya dan mereka bukan penyebab dia memfailkan permohonan cerai.

Sementara itu, bapa mereka, Abd Radzak Salleh, 62, berkata dia tidak mengetahui apa-apa mengenai tindakan anaknya itu walaupun mengakui keadaan rumah tangga mereka berdua bermasalah sejak sekian lama. - UTARA NEWS
HOT : RITA RUDAINI SANGGUP BERBOHONG UNTUK MALUKAN AIDIL ZAFUAN?? HOT : RITA RUDAINI SANGGUP BERBOHONG UNTUK MALUKAN AIDIL ZAFUAN?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:48 PM Rating: 5

17 comments:

  1. Tinggalkan rumah 4 bulan tu pun dah tak betul. Kalau tak suka, hantar rumah makbapak dia dan lepaskan betul2. Bukan sms je. Masa nak nikah dulu sanggup pergi jauh2 sampai ke Thailand, bila dah tak suka sikit hormat pun takde.

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat mangkuk ni yg byk bohong

    ReplyDelete
  3. takde adab punya laki.....senang2 je nak ceraikan bini ko....

    ReplyDelete
  4. Ms nk kwen..sggup g sempada..rahsiakan dr fmili dia.skng main pkai sms je..bodoh tol jntan ni.mmg x guna btol

    ReplyDelete
  5. Sabar Rita. Ada hikhmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. kita tak tahu sape yg bersalah dalam rumahtangga dorang. Tindakan Aidil tu memang salah tetapi mesti ada sesuatu yg buat Aidil bertindak sedemikian. Ni lah akibat kawen dgn artis..cerai berai memang mainan dorang. Aku tak sokong langsung si Aidil kawen Rita ni dulu..kan dah jadi..memang betul jangkaan aku..yang laen tu pun akan menyusul...laki mana leh tahann..

    ReplyDelete
  7. Bodo punya jantan

    ReplyDelete
  8. Mmg la yg jantan tu xde masalah dgn keluarga mertua dia....sbb kuarga dia sendiri yg mcm2 masalah...batu api semua cukup. Kuarga Rita xpenah dgr bunyi lngsg. Tanggung la korang 1 keluarga....dosa meruntuhkan masjid.

    ReplyDelete
  9. lelaki dayus dan tidak bertanggungjawab.....ada ker patut tinggalkan rumah 4 bulan pastu cerai pki sms...

    ReplyDelete
  10. Elok la cerai. Jantan tu tak matang. Sikit2 lari. Mcm budak2. Ada masalah ko duduk eye to eye dgn bini ko selesaikan masalah la bodo! Bukan dgr ckp org atau lari dr rumah mcm bdk2 sekolah.

    ReplyDelete
  11. betoi3x...nk nikoh bersusoh payoh g siam...dan cerai wat senang jekkk...

    ReplyDelete
  12. Pengajaran buat Rita. Cari lah lelaki yg matang buat menjadi suami dan bukan nya budak yg tak cukup umur.

    ReplyDelete
  13. kesian rita. si suami lak kenapa la tak matang-matang lagi, anak dah dua.
    rasanya bukan sebab kematangan tapi lebih kepada hasutan.
    kepada aidil, tak kesian ke pada anak-anak, menjadi mangsa pada ketidak puasan hati orang lain, pikir la anak2 yang masih kecil tu.
    jodoh dan ajal adalah ketentuan Allah, jangan la aniaya isteri dan anak-anak mu dek kerana hasutan pihak ketiga, itukan pilihan sendiri, redha dan terima seadanya, tiada yang sempurna di dunia ini, kepada keluarga aidil, takkan la tak sayangkan 2 orang darah daging sendiri.

    ReplyDelete
  14. bertanya khabar ttg anak2 melalui sms jer. nampak sgt lelaki jenis apa dia nie, apa dia ingat dia duk kat lubanan sampai takley nak jenguk tgk anak? cukup ke dgn sms, cer kalo gersang wat seks guna sms jer taknak plak... dasarrrr..

    ReplyDelete
  15. kita xtaw hal sebenar..

    ReplyDelete
  16. kesian tgk org "sebelah sana"...tk habis2 buat kenyataan ni kenyataan tu nk raih simpati peminat. dia bole tipu peminat tp x boleh tipu org dlm industri yg dh tahu perngai dia. sibuk bukak pekung suami ckp ni ckp tu. kalau awk seorg yg baik dan redha dgn apa yg jd. awk akn redha dgn cara tidak memberi kenyataan yg membuka aib org lain terutama suami sendiri. maaf ye, tp kalau dh kawin senyap2 tnpa restu ibu bapa., ini laa akibatnya.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.