Saturday, April 28, 2012


Sebuah restoran di Jalan Pudu di sini yang menghidangkan tarian­ ghairah di atas pentas untuk menarik pelanggan setiap malam diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Pegawai Turus D7 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, polis menahan 27 wanita, 15 daripadanya sedang menari di atas pentas.
 
“Selebihnya didapati sedang melayan pelanggan di meja makan. Penari warga asing yang berusia dalam lingkungan 30 dan 46 tahun itu tidak mempunyai pasport dan menggunakan pas pelajar,” katanya.
 
Menurutnya, pelanggan yang berminat mendekati penari terbabit, boleh membeli kalungan bunga berharga RM10 dan RM100 yang disediakan dan naik ke atas pentas bagi mengalungkan bunga kepada penari pilihan mereka.
 
“Polis masih menyiasat sama ada mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan,” katanya.
 
Azman berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati restoran terbabit sudah beroperasi setahun lalu dan tidak mempunyai lesen pusat hiburan serta premis perniagaan.
 
“Kami merampas beberapa peralatan audio yang digunakan bagi tujuan persembahan itu. Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan lanjut terhadap pemilik premis berkenaan,” katanya.
 
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut.SH

**KESIAN PIHAK POLIS DAN DBKL..KERJA NAK BANTRAS MAKSIAT DAN JUDI PUN TAK HABIS-HABIS LAGI..NAK KENA PULA JAGA PUAK-PUAK BODOH YANG SIBUK NAK BUAT DEMO KAT DATARAN MERDEKA...MENYUSAHKAN BETUL...

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.