HOT : PAS PULAU PINANG KECEWA DIKHIANATI DAP DAN PKR...


“Kerana jawatan inilah, saya sewaktu menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pernah diherdik dan ditekan oleh pimpinan saya sendiri gara-gara menyuarakan jawatan berkenaan perlu diberikan kepada Pas selain mempertahakan hak parti Pas selaku rakan pakatan pembangkang.
“Tidak peliklah perkara ini berlaku hari ini…. Kepada Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, saya cukup simpati dan sebagai rakan dan sahabat baik, saya mendoakan beliau dan Pas khususnya membuka mata dan melihat dengan mendalam bagaimana mereka dilayan sedemikian rupa”, kata Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin.
Beliau seterusnya menekankan bagaimana pengkhianatan sekutu pembangkang yang lain terhadap Pas atas nama politik yang jelas menunjukkan kepada umum parti berkenaan sebenarnya tidak ada tempat bersama sekutu mereka itu.
“Banyak kali ketika berada di dalam kerajaan negeri, saya kerap menyuarakan pandangan agar Pas diberikan tempat selayaknya bagi menghormati Pas sebagai rakan sekutu …Namun apakan daya…
“Percayalah….Pas hanya dipandang sebelah mata dan sekadar menjadi kuda tunggangan politik di dalam parti pembangkang. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Salleh Man. Dan dasar pengkhianatan inilah yang menjadi salah satu faktor kenapa saya meninggalkan PKR,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemelut jawatan YDP MAIPP yang kini menjadi pertikaian beberapa pihak.  Akhbar melaporkan Pas mahu Abdul Malik Abul Kassim melepaskan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) walaupun beliau sudah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Februari lalu.
Ini bagi membolehkan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, yang kini memegang jawatan Timbalan YDP MAIPP, dilantik menggantikan Abdul Malik.
(Timbalan Ketua Menteri I) Datuk Mansor (Othman) pun sudah mengakui silap (memperakukan nama Abdul Malik kepada Istana Negara) dan wajarlah beliau (Abdul Malik) melepaskan jawatan. – Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Abdul Malik yang juga EXCO Agama, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung dan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, dilantik memegang jawatan YDP MAIPP selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Mohd Salleh berkata, Pas Pulau Pinang berpendirian bahawa Abdul Malik wajar mengosongkan jawatan itu segera dengan apa cara sekalipun bagi melancarkan pentadbiran MAIPP.
“Itulah (meletak jawatan) yang terbaik baginya,” katanya lapor akhbar Berita Harian.
Fairus seterusnya menambah kemelut berkenaan dijangka akan berterusan dan tidak mustahil perkara itu akan menjadi kudis dalam hubungan antara Pas, DAP dan PKR.
“Namun apa pun kita tengok sejauh mana keberanian Pas dalam menegakkan janji yang telah ditawarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil yang lalu,” katanya. -MediaUMNO
HOT : PAS PULAU PINANG KECEWA DIKHIANATI DAP DAN PKR... HOT : PAS PULAU PINANG KECEWA DIKHIANATI DAP DAN PKR... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:47 PM Rating: 5

1 comment:

  1. itulah demokerasi terpimpin spt dlm film p.ramlee

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.