Friday, April 6, 2012

HOT : NURUL IZZAH KANTOI LAGI....


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mempertikaikan prosedur pengambilan tanah projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi di sini sebagai bermotifkan politik.
"Perkara yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah sengaja disensasikan bagi melihat projek tersebut gagal dilaksanakan dan memberikan kelebihan pula kepadanya," katanya.
Mengambil contoh pembangunan semula Flat PKNS empat Tingkat di Jalan Jelatek (Datum Jelatek) oleh kerajaan Selangor pada 2010, Raja Nong Chik berkata kerajaan Selangor juga tidak mendapat persetujuan 100 peratus daripada penduduk.
"Mengapa apabila kerajaan negeri Selangor menggunakan Akta Pengambilan Tanah, perkara ini tidak menjadi isu tetapi di Wilayah Persekutuan dipolitikkan pula," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Lesen Sementara Penjaja Statik di sini.
Beliau berkata menerusi tindakan Nurul Izzah itu secara tidak langsung mahu dilihat kononnya beliau adalah pejuang kepada kelompok minoriti 35 penduduk yang menentang dan enggan berpindah.
"Sedangkan hakikatnya penghuni berkenaan tidak langsung mengambil kira kepentingan dan penderitaan 432 penghuni lain yang secara terbuka dan bersedia menerima pembangunan di tapak kediaman asal mereka," katanya.
Beliau berkata 432 (421 penghuni dan 11 peniaga di unit kedai) dari 467 penduduk telah menerima tawaran, hanya 35 sahaja yang menentang dan tidak bersetuju. -Bernama

**Nurul Izzah ni reti tak pasal demokrasi..majoriti dan minoriti?? Kalau dah majoriti buat keputusan untuk berpindah dan bersetuju dangan pampasan yang ditawarkan oleh pihak pemaju..sepatutnya kumpulan minoriti yang enggan berpindah itu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh kumpulan majoriti...

Tidak dinafikan bila melibatkan isu seperti ini, pastinya akan ada orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat tapi yang memburukkan keadaan lagi apabila Ahli Parlimen dikawasan tersebut bertindak menjadi batu api dengan menghasut baki 35 penduduk supaya jangan berpindah...

Wajarkah seorang Ahli Parlimen melakukan perkara yang terkutuk seperti ini hanya untuk mencapai kepentingan politik dirinya..Sanggup menyusahkan rakyat hanya untuk mengejar "milage" politik..


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.