HOT : MAH..ABANG KANTOI LAGI KERANA BERBOHONG MAH...


Sungguh memalukan! Mat Sabu, pemimpin nombor 2 parti PAS ditangkap berbohong besar yang sudah pasti menjatuhkan kredibiliti beliau lebih teruk daripada sebelumnya!

Pembohongan besar Mat Sabu kepada rakyat juga pasti memburukkan lagi nama parti PAS yang sekarang dianggap sebuah parti politik yang sangat terdesak hingga sanggup menukar haluan perjuangan asal parti tersebut.

Seperti yang diketahui, Mat Sabu mempunyai hubungan baik dengan Lim Guan Eng DAP merangkap Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Kit Siang.

Lim Guan Eng DAP pula sedang bergelumang dengan skandal bilion ringgit wang rakyat serta skandal tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara.

Anda baca di bawah :
"Tuan-tuan nak tahu pada pilihan raya akan datang beberapa orang bekas polis, bekas tentera berpangkat tinggi akan jadi calon dalam Pakatan Rakyat dan kalau berlaku begini sudah seluruh (sokongan bekas tentera) kembali kepada kita," katanya.

Beliau juga mendakwa, ramai bekas pegawai tinggi tentera itu mencarinya untuk menyatakan sokongan kepada kenyataannya berhubung insiden Bukit Kepong, yang mencetus kontroversi sebelum ini.

"Kebelakangan ini ramai bekas jeneral-jeneral cuba cari saya, mereka beritahu saya mengenai Kelab Pegawai-Pegawai Tentera Bersara (RAFOC) telah memutuskan bersetuju dengan kenyataan saya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Mereka putuskan dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 September 2011 jam 11 pagi di Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dipengerusi Presiden RAFOC, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Mohd Ghazali Mohd Seth. seterusnya
Bagaimana pun, kenyataan pemimpin nombor 2 parti PAS itu dibidas oleh RAFOC. Di bawah adalah penafian pihak RAFOC tentang pembohongan Mat Sabu itu :
"RAFOC tak pernah mengeluarkan kenyataan menyokong Mat Sabu. Bagi kita mana-mana pihak yang berkomplot dengan komunis pada ketika itu adalah musuh negara. Orang politik (Mat Sabu) boleh kata apa saja tetapi RAFOC tidak sokong kenyataannya."

Rakyat tentu berasa sangat muak dengan sikap Mat Sabu yang tanpa malunya sanggup berbohong besar. Inilah entiti kepimpinan parti PAS yang sangat menyedihkan dan sudah pasti memalukan seluruh ahli dan penyokong parti PAS.

Mat Sabu telah melakukan satu kesalahan besar yang pasti mengguris hati lebih ramai orang selepas beliau menimbulkan isu komunis tidak lama dulu.

video : video mulut celupar Mat Sabu.


Nampaknya, Mat Sabu tidak mahu belajar dari kesilapan beliau dan MiM pasti hayat politik Mat Sabu pun tidak lama, sama ada dalam PAS mahu pun politik negara. 

Amat memalukan!  - Dr MiM
HOT : MAH..ABANG KANTOI LAGI KERANA BERBOHONG MAH... HOT : MAH..ABANG KANTOI LAGI KERANA BERBOHONG MAH... Reviewed by Empayar Pemuda on 6:01 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.