Wednesday, April 11, 2012



Protest penduduk di Desa Ria (Sungai Ara) bersama-sama Sahabat Alam Malaysia kelmarin (9/4/2012) adalah berikutan keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjalaankan pembangunan di kawasan cerun bukit. Jelas keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil kira faktor keselamatan penduduk sekitar.




Walaupun telah mendapat bantahan sebelum ini daripada penduduk mengenai kebimbangan mereka tentang kemungkinan untuk berlaku hakisan dan tanah runtuh, kerajaan DAP Pulau Pinang tetap memberikaan kelulusan untuk meneruskan projek pembangunan di kawasan cerun bukit itu .

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengklasifikasikan kawasan berbukit di Pulau Pinang terdedah kepada ancaman tanah runtuh . Walau bagaimanapun, kanselor Majlis Perbandaran Pulau Pinang , Dr. Lim Mah Hui telah menyatakan pembangunan berkenaan telah mendapat kelulusan di peringkat negeri . Jadi tindakan menggunakaan kuasa veto kerajaan negeri ini agak mengejutkan kerana sebelum ini , kerajaan DAP Pulau Pinang memukul canang bahawa mereka akan melaksanakan demokrasi di peringkat majlis perbandaran . Sekiranya ini benar2 dilaksanakan hak meluluskaan sesuatu pembangunan masih tertakluk pada budi bicara pihak berkuasa tempatan. Seterusnya..

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.