HOT : KETIAK SAYA TAK PERNAH BASAH KETIKA BERGAMBAR...


Akibat pengisytiharan perang Zarina Anjoulie terhadap Lufya baru-baru ini, Pihak media telah mendapatkan Lufya untuk mendapatkan cerita yang sebenarnya.. Menurut Lufya, dia menegaskan yang dia tiada sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie.. Jauh sekali untuk menjatuhkan artis kontroversi itu.. Lufya cuma mahu orang ramai tahu yang lufya dan Zarina Anjoulie adalah dua individu yang berbeza… 
“Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza. Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.
“Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang. Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya,” (Murai)
Tambah Lufya lagi, dia tidak ambil peduli bila Zarina Anjoulie mengutuk dan meletakkan gambar ketiak basahnya di internet.. Bagi Lufya tindakan Zarina Anjoulie itu langsung tidak profesional..
“Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar.
“Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia. Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah.” (Murai)
HOT : KETIAK SAYA TAK PERNAH BASAH KETIKA BERGAMBAR... HOT : KETIAK SAYA TAK PERNAH BASAH KETIKA BERGAMBAR... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:54 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.