HOT : HADI AWANG MALU DENGAN TEGURAN NASHARUDDIN...


Ini bukan suara orang biasa tetapi bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Mat Isa sendiri yang cakap.Katanya Datuk S Ambiga tidak layak ketuai himpunan Bersih 3.0 kerana menyokong gerakan gaya hidup seks bebas Seksualiti Merdeka.

Sebelum ini isu penglibatan Ambiga kes murtad Lina Joy pernah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Datuk Zulkifli Nordin.

Namun PAS yang mendabik dada memperjuangkan Islam buat pekak sahaja dan terus melihat Ambiga sebagai sang primadona kerana politik.

Bersih kini dikatakan untuk coverline telah lantik Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sebagai pengerusi bersama perhimpunan Bersih.

Namun Ambiga terus main peranan yang high profile dalam himpunan yang hendak dianjurkan.

Nasharuddin menyatakan pandangan beliau itu semasa ditanya wartawan selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di Kuala Lumpur Ahad Ahad.

Beliau memberitahu pandangannya tentang Ambiga ini selaras dengan fatwa ulama terkenal Yusof Al-Qardawi sendiri menolak dan memerangi individu seperti itu.

Nasharuddin berkata sepatutnya PAS sebagai parti politik yang wajar mengetuai gerakan menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Menurutnya ia tidak wajar diketuai oleh seorang individu.

Namun boleh agak PAS yang sudah ‘ teruja’ dengan Ambiga dijangka tetap akan buat pekak terhadap pandangan bekas Timbalan Presiden sendiri.

Sementara itu ketika membentangkan kertas kerjanya pada wacana berkenaan Nasharuddin yang juga Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari menegaskan demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan.

Beliau sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya.

"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

HOT : HADI AWANG MALU DENGAN TEGURAN NASHARUDDIN... HOT : HADI AWANG MALU DENGAN TEGURAN NASHARUDDIN... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:44 PM Rating: 5

1 comment:

  1. biasala parasit2 pas ngn setan pun dia orang bole berkerjasama ni lagikan pula ambiga cuma cucu setan

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.