Friday, April 20, 2012


Mungkin itulah kot nasib pelakon wanita yang cun melecun kat Malaysia, mesti kena bawa watak yang ‘bersentuhan’ dengan lelaki dalam drama atau filem yang mereka lakonkan.
Antara yang mula mengeluh adalah Nur Fazura.

Dalam Facebook rasminya, Fazura seolah-olah ‘bosan’ dengan situasi itu.
Mungkin pengarah-pengarah filem atau drama kita kena fikirkan sesuatu agar dapat dikurangkan, atau paling baik, ditiadakan langsung adegan-adegan sebegitu.
Bagi penulis, adegan ‘bersentuhan’ tak perlu langsung biarpun hendak menunjukkan elemen berkasih sayang antara seorang isteri dengan suaminya atau seorang lelaki dengan gadis pujaannya.
Pengarah perlu bijak memainkan emosi penonton dengan cara yang lebih ‘bijak’, bermain dengan metafora, perlambangan atau apa saja tanpa perlu mengambil jalan mudah dengan ‘cara itu’.
Filem-filem Iran umpamanya, sarat dengan cinta dan kasih sayang, menang anugerah di peringkat antarabangsa lagi namun takde pula adegan-adegan berpegangan, bercumbuan bagai nak rak.
Penulis faham, Nur Fazura bukan nak tunjuk ‘bagus’, tapi mungkin dia juga sudah muak berlakon dalam suasana pengarahan yang cukup ‘klise’ ini.
Apa kata Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM)? – Oleh Abdullah Rumani (mynewshub.my)

2 comments:

Anonymous said...

Timbalan Presiden Seniman taknak tumpang bising ke kat isu ni?

Anonymous said...

bagusla timbalan presiden x bising sb dia kan tau jgk dosa pahala buat benda alah ni!!!!! kalau kak fazura x nak berlakon aksi mcm tu..pegi dkt stesen al hijrah tu...kan situ byk yg islamik punya :)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.