Tuesday, April 24, 2012


Nampaknya Anwar Ibrahim tidak dapat menerima kenyataan dan kebenaran apabila Anwar Ibrahim sekali lagi 'melarikan diri' daripada berdepan dengan Ummi Hafilda.

Sebelum ini, Ummi Hafilda dalam ceramahnya di Kampung Batu Enam Suku Jalan Atas di Tanjung Piandang, adik bongsu Azmin Ali, Ummi Hafilda menyingkap kembali apa yang berlaku di antara beliau dengan abangnya.
Ia berkaitan dengan dakwaan hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim. 

“Azmin dia pressure saya. Ehh kenapa kau tulis surat kepada Dr Mahathir? Pasai apa kau tulis surat kepada Dr Mahathir? Saya kata Min maknanya kau tau bini engkau tidur dengan Anwar, Min? Eh itu bukan urusan kau, itu urusan aku dan bos aku. Bos aku boleh kasi 200 juta. Kau cakap berapa juta kau boleh bagi aku? Saya terus urut dada. Saya kata Min kenapa engkau jadi macam ni”, katanya.

Adakah disebebkan kenyataan ini Anwar Ibrahim takut untuk berdepan dengan Ummi Halfida dan telah membatalkan ceramah umumnya di Parit Buntar, Perak semalam iaitu di tempat sama Ummi Hafilda menyampaikan ceramah walaupun persiapan telah dirancangkan sejak sebulan yang lalu.

Sebelum ini, Anwar ibrahim telah membatalkan empat ceramah apabila mendapat tahu Ummi Hafilda akan berceramah ditempat yang sama!

Pembatalan ceramah di Parit Buntar adalah yang kelima dilakukan oleh Anwar Ibrahim.


Menurut Ummi Hafilda, tindakan Anwar melarikan diri daripada bersemuka dan berdebat secara terang-terangan dengannya membuktikan bahawa Anwar takut kepada kebenaran.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang itu juga pernah mengambil tindakan serupa antaranya di Rumpun, Makmur, Pahang, Bukit Besi, Dungun dan Batu Gajah, Perak kerana jadual ceramahnya bertembung dengan dengan ceramah Ummi Hafilda.

Menurut Ummi Hafilda, pada semua ceramah itu, Anwar bertindak membatalkan programnya dan mengarahkan poster serta kain rentang yang telah dipasang diturunkan. - UM

2 comments:

Adi Kencana said...

Anwar ni memang manusia tak guna!! Runtuh rumahtangga orang krn Anwar!!

NURUL IZZAH TERDESAK!! CUBA SABOTAJ PENGUNDI BN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Tuan Empunya Blog,
mohon di link www.dtubes.tv
dengan blog tuan ini.

Terima Kasih
Che Chu Bidin

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.