Friday, April 6, 2012


Menarik...memang menarik...terbakar je bila baca artikel ni..EP rasa bukan saja Nurul Izzah yang bengang bila baca artikel ni..Puak-puak yang membontot Nurul Izzah secara membabi buta pun boleh terjun bangunan bila baca artikel yang menunjukkan kebodohan Nurul Izzah ni...

Kalau tak caya..cuba baca artikel ni yang EP cilok dari Blog Apa Kecoh-Kecoh?
Betina BSF (Bangkang, Spin, Fitnah) ni tak habis-habis buat kacau..

Semalam aku dah bantai dia pasal kenyataan bohongnya mengenai Pengambilan Tanah di Kerinchi. Dia kata kononnya kena dapat persetujuan 100% penduduk baru boleh buat Pengambilan Tanah. Dia terlupa, Kerajaan Pakatan Selangor ambil tanah penduduk Flat 4 Tingkat Jelatek  untuk projek mewah Datum Jelatek pun tanpa persetujuan 100%.  Selamba je, Kerajaan Pakatan Selangor ambil tanah penduduk yang tak bersetuju gunakan Akta Pengambilan Tanah, tapi Nurul buat tak kisah je.  Apa yang Papa Hebat buat di Selangor, semuanya betul belaka.

KANTOI LAGI NURUL IZZAH!!! Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

Sekarang aku nak bantai dia pasal referendum pulak.

Ni kenyataan Nurul Izzah dalam Press Release dia:

Tujuan saya dalam perkara ini adalah untuk menarik perhatian umum kepada kaedah pengambilan tanah untuk pembangunan yang nyata melanggar peraturan sedia ada bilamana referendum dan bukan kaedah persetujuan 100% pemilik menjadi penentu pembangunan.

Aku nak tanya kau Nurul, mengapa kau mempertikaikan keputusan referendum? Referendum itu sendiri membayangkan hasrat penduduk yang dahagakan pembangunan.

Kau budak hingusan yang baru datang ke Lembah Pantai. Kau tak tahu kesengsaraan dan penderitaan penduduk Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi.

Penduduk telah hampir 30 tahun merayu agar kawasan rumah pangsa mereka yang usang dan uzur dibangunkan semula kerana tidak lagi sanggup hidup dalam keadaan serba kedaifan. Mereka cuba bangunkan sendiri tapi gagal.

Jadi mereka minta bantuan Kerajaan.

Kerajaan yang prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi telah bersetuju menjadi fasilitator bagi memudahkan proses pembangunan semula di kawasan tersebut dilaksanakan.

Sebanyak empat (4) syarikat yang berminat untuk memajukan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi, telah diberi peluang untuk memberikan penerangan kepada penduduk tentang pembangunan yang dicadangkan.

PENDUDUK SENDIRI YANG MEMBUAT KEPUTUSAN MELALUI UNDIAN BERHUBUNG SYARIKAT MANA YANG AKAN MENERAJUI PEMBANGUNAN.

Walau bagaimanapun setelah pemilihan dibuat sendiri oleh penduduk, syarikat terpilih masih perlu mengemukakan tawaran kepada para pemilik sebagi bukti sah persetujuan penduduk.

432 (421 penghuni & 11 peniaga di unit kedai) dari 467 penduduk telah menerima tawaran, hanya 35 sahaja yang menentang dan tidak bersetuju. Ini bermakna92.5% penduduk telah bersetuju dengan tawaran syarikat pemaju terpilih.

92.5% dah setuju Nurul!! Hampir 100%!!

Kalau dalam referendum memanglah mustahil nak dapat 100% setuju nak pilih pemaju. Tapi kalau 92.5% dah setuju tu, kira baguslah!

Aku nak tanya kau sikit Nurul. Masa kau menang pilihanraya di Lembah Pantai, kau dapat undi 100% tak?

Masa tu, kalau tak silap yang turun mengundi 70% je. Yang undi kau cuma 40% je.

Kalau ikut logik yang kau pakai, kau lagi tak layak jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai sebab kau cuma dapat undi 40% je!!

Dahlah jauh dari 100%, malahan tak dapat majoriti pun kalau nak dikira dari jumlah keseluruhan pengundi Lembah Pantai!!

Jadi, memandangkan kau tak layak jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, baik kau letak jawatan je lah.

Aku juga nak highlight, referendum bagi memilih pemaju untuk membangunkan semula kawasan penduduk adalah yang pertama diadakan di negara ini dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana Kerajaan negeri termasuklah Kerajaan Pakatan Haprak di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Selama ni Nurul Izzah dan Pakatan Haprak mengaku mereka pejuang demokrasi tulin, tapi mengapa bila Kerajaan BN mengamalkan demokrasi dengan mengadakan referendum di Kerinchi, kau pertikaikan pula penggunaannya?

Kaedah referendum yang diamalkan dalam proses ini adalah contoh terbaik menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional benar-benar demokratik.

Sepatutnya kau puji tindakan Kerajaan kerana mengutamakan suara rakyat, bukannya cuba mensabotaj usaha murni Kerajaan, Nurul!! Seterusnya...


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.