HOT : AZMIN ALI DAN ZURAIDA DIHADAPKAN KE LEMBAGA DISIPLIN KERANA SALAH GUNA KUASA??


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi berkata beliau akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya dipecat sebagai ahli parti.
“Setakat ini saya terima pemecatan sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang. Itu hak beliau (Zuraida Kamaruddin) sebagai Ketua Cabang Ampang.
“Tapi kalau saya terima surat pemecatan sebagai ahli PKR, daripada pusat saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pemecatannya sebagai Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang pada Khamis.
Ditanya sama ada beliau benar-benar muflis seperti yang didakwa oleh Zuraida, Isa tidak menafikan perkara tersebut namun jelasnya Jabatan Insolvensi tidak memadamkan namanya daripada senarai tersebut setelah beliau selesai membayar jumlah pinjaman.
“Saya mengaku pernah muflis tapi sudah lama pada tahun 1994. Sudah 15 tahun dan saya pun sudah habis bayar hutang tersebut. Cuma Jabatan Insolvensi tidak mengemaskini status, saya sudah tidak muflis.
“Saya kesal dengan Zuraida, kenapa perlu sentuh isu peribadi, sedangkan saya dan ahli Cabang Ampang yang lain mahukan penjelasan mengenai pemilikan saham oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” katanya.
Mengulas lanjut, Isa berkata beliau menerima surat pemecatannya yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya pada pukul 3 petang Khamis.
“Saya tidak terkejut masa terima dan baca surat pemecatan saya, cuma saya kecewa inikah cara mereka (PKR) berikan penjelasan kepada ahli dalam isu penting.
“Dalam surat itu mengatakan saya dipecat kerana kenyataan suruh Azmin keluar parti. Saya dipecat berkuat kuasa serta-merta.
“Lagipun sejak setahun yang lalu, hampir 60 peratus ahli Cabang Ampang dipecat oleh Zuraida kerana dia tidak suka atau ada masalah dengan mereka,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Zuraida memecatnya sebagai Ketua Penerangan, Isa berkata: “Tidak…tidak….Saya tidak akan merayu. Itu hak beliau (Zuraida).
Pada Khamis, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR dilaporkan berkata Isa telah dipecat daripada jawatan Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang dan tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan media mewakili parti.
Zuraida dipetik sebagai berkata pengguguran jawatan tersebut juga berdasarkan laporan bahawa Isa didakwa pernah terlibat dalam jenayah pecah amanah melalui dua laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Rabu lalu, Isa Isa mengugut untuk keluar parti jika Ahli Parlimen Gombak itu gagal menjelaskan kepada ahli parti mengenai dakwaan beliau dan isterinya memiliki saham sewaktu menjadi pegawai kerajaan pada tahun 1992.
Katanya, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan kepercayaan ahli dan penyokong PKR tidak terjejas.
Beliau juga mendesak Azmin supaya meninggalkan PKR jika masih enggan membuka mulut mengenai isu tersebut. - SH
** EP nak tanya Zuraida..bila yang dia lantik Isa ni sebagai Ketua Penerangan dia..tahun lepas, bulan lepas, minggu lepas atau hari Rabu yang lepas..Kenapa isu Isa ni muflis dan ada laporan polis disebabkan kes pecah amanah baru timbul selepas dia mempersoalkan Azmin...masa lantik hari tak periksa dulu ke??


HOT : AZMIN ALI DAN ZURAIDA DIHADAPKAN KE LEMBAGA DISIPLIN KERANA SALAH GUNA KUASA?? HOT : AZMIN ALI DAN ZURAIDA DIHADAPKAN KE LEMBAGA DISIPLIN KERANA SALAH GUNA KUASA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 2:12 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Kata nak kebebasan media, bila media dah bagi kebebasan.. Lain pulak cerita..

    ReplyDelete
  2. - "Katanya, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan kepercayaan ahli dan penyokong PKR tidak terjejas".

    persoalanya, seandainya penjelesan diberi, adakah penyokong akan tetap menyokong? Ada kah itu saja issue yang perlu diperjelaskan, sedangkan terlalu banyak lagi issue pemobohongan yang perlu juga diperjelaskan? Agaknya mesti ada sesuatu yang tak kena antara mereka berdua Mohd Isa/Azmin. Mengapa tidak issue Khalid, Anuar dan mereka mereka yang diatas sana juga diminta perjelaskan? "Mungkin" Zuraidah bertindak atas disiplin parti dalam perkara ini.

    Ini nampaknya saperti satu drama ugutan. kalau pun benar kenapa tidak bertindak saperti yang diperkatakan sebelum ini, "bogelkan"? takut taku ada agenda lain agaknya. kalaulah benar beliau perjuangkan "bersih sikap dan bersih adat" keluar saja parti satelah maklum akan kerakusan mereka mereka diatas yang telah diberikan "kepercayaan" memimpin dengan taburan janji yang enak yang berupakan satu angan angan.

    wallahu"alam

    ReplyDelete
  3. nak bawa ke mahkamah juga.Mahkamahmana? Buat apa bawa ke Mahkamah?. Perintah janganmasuk pun ko orang langgor ..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.