Sunday, April 8, 2012


Artikel menarik dalam blog tersohor AIDC mengenai pendedahan Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan tentang kepelikan Anwar Ibrahim.

Di antaranya :


Lokman, sosok menarik kerana pernah ditahan ISA, lantaran ketaksubannya membela Anwar sekeluarga dan akhirnya karier politiknya bersama PKR berakhir pada tahun 2004 apabila parti yang diperjuangkannya sejak tahun 1998 telah memecat keahliannya.

“Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.

"Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena. Setiap kali Shamsidar datang rumah (Anwar), Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim.

"Dia (Rosli) kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini. Ini maknanya, ada something wrong between Shamsidar dan Anwar Ibrahim “, kata Lokman yang menceritakan pengalaman masa lampaunya itu bersama keluarga Anwar.

Video pendedahan : KLIK SINI

Berdasarkan dua petikan kata-kata Lokman itu, dirumuskan dua perkara penting yang ingin disampaikannya.

Pertama, kes Azizah dipukul ketika Anwar masih lagi berada dalam kerajaan.

Azizah telah mengadu kesnya kepada Tun Dr Siti Hasmah, isteri Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Lokman sebut aduan Azizah kepada Hasmah berkaitan juga tentang perangai Anwar suka ‘main belakang’.Kedua, tentang hubungan ‘dingin’ di antara Azizah dengan Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali.

Dua peristiwa yang disebut Lokman itu menggambarkan Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual.

Maklumat yang disampaikan Lokman itu pernah disebut oleh seorang lagi bekas inner circle keluarga Anwar, senator Ezam Mohd Nor yang mendakwa Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual ketika diwawancara majalah Tempo, Indonesia tahun lalu. SETERUSNYA

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.