Thursday, April 19, 2012


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri kepada timbalan presidennya, Azmin Ali, Shamsidar Taharin didesak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hubungan pertalian di antara Nurul Izzah Anwar dan Affifah Azmin dari segi hukum syarak.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, tindakan itu perlu bagi meleraikan tanda tanya yang kini diperkatakan orang ramai.

Menurutnya, ramai ahli PKR sendiri merasa sangsi tetapi tidak berani bersuara kerana takut dilucutkan jawatan atau sebab lain.

"Ini bukan satu dakwaan tetapi ia adalah satu pertanyaan perlu diperjelaskan oleh mereka berdua secara serentak bagi menyatakan perkara sebenar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Aminah turut mendesak Wan Azizah menafikan bahawa PKR merupakan sebuah parti yang tidak menghalang budaya seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) seperti yang diperkatakan masyarakat.

Wan Azizah dan Shamsidar sebelum ini membatalkan sidang akhbar pada saat-saat akhir hingga mengundang rasa tidak puas hati dan menjadi bahan cemuhan dalam kalangan penyokong parti itu.

Sidang akhbar dijadual berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu diuar-uarkan sejak awal bulan ini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), laman blog serta portal propembangkang.

Ia dinantikan oleh seluruh penyokong pembangkang kerana kedua-duanya dijangka menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka.

9 comments:

Piranha 3DD (jom tonton sini) said...

whatever

Anonymous said...

apa nk jd dgn anak2 umno ni.. tk habis2 tabur fitnah dn menipu jer kerjanya tk cukup dgn baham duit ratyat , nk fitnah org lg

Anonymous said...

ni arr bila mak bapak umno,, anak2 tk di beri didikan agama

Anonymous said...

hoi bagidolll...fitnah apanya..dah mmg depa anak beranak anugerah setan..nak hancurkan msia..

sato said...

Pemimpin akhir zaman, parti mata satu.

Jari Hantu Untuk PAKATAN said...

Awat mak bapak PAS PKR baguih sangat. Lagi Haram jadah ada.

Sanggup jilat juboq Lim Kit Siang. Karpal Singh Jegil saja. Orang2 PAS PKR teloq masuk kedalam.

Porahhh...

Anonymous said...

erm. selagi kita tak nampak, takde bukti, hanya dengar desas desus sana sini, tak elok kite buat conclusion terus. berfikirlah dengan matang.

Anonymous said...

'anak' rahim tambiciki .. tadak ko..

Anonymous said...

Kalau benda itu fitnah katakan fitnah....buat saman malu... serik orang yang memfitnah. Rahim Tambi Chik dikatakan ada kes skandal terus dikeluarkan dari arus kepimpinan walaupun beliau dibebaskan oleh mahkamah....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.