Monday, April 23, 2012


EP harap pihak DBKL akan ambil tindakan yang tegas terhadap mahasewel-mahasewel yang tak sedar diri ini..Jangan lupa juga ambil tindakan juga pada golongan sewel yang menyibuk bersama mahasewel-mahasewel disitu..EP rasa mereka ni jenis manusia yang tak reti nak mensyukuri nikmat.. mahasewel-mahasewel  ni  jenis manusia yang tidak tahu berterima kasih dan biadap..sia-sia je Allah menganugerahkan mereka ni akal dan fikiran tetapi tidak menggunakannya di tempat yang betul...

Mereka harus sedar negara ini ada undang-undang..Undang-undang negara diwujudkan untuk mentadbir negara dan masyarakat. Ianya dibincangkan di Parlimen secara bersama iaitu pembangkang dan kerajaan dan peraturan pula bagi melicinkan pelaksanaan undang-undang. Jika itupun budak-budak ni tak reti nak hormati EP tak tahulah nak cakap apa...harap ada otak je...
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menyediakan kertas siasatan untuk mendapatkan perakuan Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap wakil mahasiswa didapati melanggar peraturan - berkumpul dan mendirikan khemah di Dataran Merdeka.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, DBKL mempunyai bukti lengkap berhubung salah laku yang dibuat oleh kumpulan berkenaan walaupun sudah diberikan nasihat dan amaran supaya menghentikan tindakan mereka.
Menurutnya, tindakan merampas khemah yang dilaksanakan DBKL semalam dibuat setelah notis kesalahan dan tawaran kompaun atas kesalahan meletakkan barang-barang tanpa kebenaran di tempat awam yang dikeluarkan terhadap mereka tidak diendahkan.

1 comments:

Anonymous said...

Cuba ganti gambar yang di kalungkan bunga tu dengan ganbar emak bapak dia orang yang masih hidup, sanggup ke buat macam tu? ni yang susah jika manusia di pengaruhi nafsu nafsi!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.