GEMPAR : SAMSIDAR MENGAMUK BILA WAN AZIZAH BATALKAN SIDANG AKHBAR MEREKA BERSAMA??


Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar Taharin membatalkan sidang akhbar mereka pada saat-saat akhir mengundang rasa tidak puas hati dan menjadi bahan cemuhan di kalangan penyokong parti itu.

Rasa tidak puas hati itu disuarakan dengan lantang menerusi ruangan komen di blog Suara Pakatan Rakyat di http://suarapakatanrakyat.com kelmarin yang menulis satu entri berhubung pembatalan sidang akhbar tersebut.

Antara lain penyokong pembangkang itu mendesak pemimpin PKR tidak memberikan alasan bodoh berikutan pembatalan sidang akhbar tersebut kononnya mendapat maklumat ada pihak tertentu cuba menggagalkannya atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

video : Wan azizah tak percaya anwar & shamsidar (1:21)

Penyokong PKR itu juga mendakwa sudah letih untuk meyakinkan ahli di peringkat bahagian berhubung isu tersebut dan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada pemimpin PKR membuat penjelasan.

"Atau kami akan beramai-ramai protes tak mengundi pada PRU 13…sama ada jelaskan atau berambus daripada Pakatan Rakyat (pembangkang). Kita masih ada banyak pemimpin..berita ini menghancurkan semangat saya dan ramai lagi ahli PKR," kata seorang pengunjung blog itu yang menggunakan nama Dewa.

Sidang akhbar bersama itu diuar-uarkan sejak awal bulan ini menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), laman blog serta portal pro pembangkang dan akan diadakan di Ibu pejabat PKR di Tropicana, Damansara, di sini.

Ia dinantikan oleh seluruh penyokong pembangkang kerana mereka dijangka menjawab pelbagai tuduhan yang dikaitkan dengan mereka antaranya dakwaan bahawa Shamsidar mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsidar juga seperti didakwa beberapa blog anti pembangkang mempunyai hubungan sulit dengan Anwar sehingga membawa kepada kelahiran seorang anak perempuan pada 1997. - UM
GEMPAR : SAMSIDAR MENGAMUK BILA WAN AZIZAH BATALKAN SIDANG AKHBAR MEREKA BERSAMA?? GEMPAR : SAMSIDAR MENGAMUK BILA WAN AZIZAH BATALKAN SIDANG AKHBAR MEREKA BERSAMA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:11 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Tiada sehelai daun pun yg gugur dibumi ini melainkan dlm pengtahuan ALLAH,tiada seorang perempuan yg mengandung pun melainkan dlm pengtahuan ALLAH(dalamm makna tu)

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.