Friday, April 13, 2012


Wow, sekarang ini ada penyakit baru dalam PKR. Saling salah menyalahkan, kerana idea menawarkan penghapusan PTPTN tidak mendapat sambutan baik seperti yang diharapkan. Anwar sendiri tidak seronok apabila dia dihentam kanan dan kiri, kerana dikatakan mahu menjahanamkan Negara dengan janji-janji yang bodoh dan tidak menarik perhatian rakyat.
Semua tidak mengaku bahawa itu idea mereka. Nampaknya, janji PTPTN ini adalah ibarat ‘peluru sesat’ yang akhirnya terkena di atas batang hidung sendiri. Anwar sudahpun mengarahkan Setiausaha Agung mencari jalan selamat untuk keluar daripada isu ini. Bersih 3.0 adalah satu alat yang paling mujarab.
Anwar nampaknya semakin kerap berhadapan dengan situasi salah nasihat kebelakangan ini. Khabarnya Jawatankuasa Strategik PKR sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku. Anwar bercakap tidak mengikut garis dasar yang disediakan oleh Jawatankuasa Strategik. Semua main langgar. Lepas itu puas nak buat recovery. Belum tentu boleh recover. Kalau salah cakap; rakyat akan tuntut. Setakat ini, memang mereka berdepan dengan masalah.
Arahan Anwar juga, agar media baru pembangkang turut menggunakan data dan info Asia Sentinel dalam mengenengahkan isu kapal selam. Anwar mahu ianya dilakukan seberapa segera – walaupun Anwar sendiri mengakui bahawa info tersebut sangat diragui.
Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Scandal – John Berthelsen (Asia Sentinel).
Tulisan ini tidak mengandungi data dan info apa pun. Macam tulisan kosong. Tak ada makna.
Nampaknya dalam isu PTPTN ini, Anwar semakin tersepit. Solution menggunakan wang PETRONAS; boleh mengundang kemarahan pengundi Melayu yang percaya PETRONAS masih lagi antara syarikat yang diurus secara profesional dan efisien.
Menurut seorang rakan HQ PKR, isu PTPTN ini memang menjadi cadangan AMK, khususnya Shamsul Iskandar. Mamat ini memang terkenal sebagai seorang pemain politik yang dungu. Yang tak tahu implikasi besar cadangan bodoh seperti itu. Khabarnya, Rafizi mahu lepas tangan. Tak mahu sama-sama fikir bagaimana nak selamatkan isu PTPTN ini. Janji dah janji.
Kebodohan Ketua AMK ini sebenarnya sudah membawa Anwar dalam masalah. Rafizi memang dah lama benci kepada mamat sorang ni. Tak ada substance. Sam salah nasihat Saifuddin. Saifuddin jual kepada Anwar. Anwar salah cakap. Rafizi yang kena cuci. Formula ini akan buat orang benci. - GELAGAT ANWAR

5 comments:

Megat Alam Gempita said...

hehehe

demo anti PTPTN esok akan ada satu kejutan besar yang akan menyebabkan Anwar dan anak bininya tak boleh tidur pejam mata. Saksikan nanti 'the games is begin'!

Anonymous said...

aku dah kata...

bolhe hapus..no problem..tapi wang yg dah digunakan kena bagi balik..tu je.

pastu, yang dah bayar balik termasuk pemegang biasiswa yang bayar gantirugi jugak wajib kerajaan pakatan pulangkan semula duit mereka..yang penting ada bukti telah melakukan pembayaran balik. tak kisahlah tahun berapa dah bayar balik. itu baru adil utk semua. pendidikan percuma utk semua.

so win-win situation..anwar dan balaci2 dia ada berani?

Anonymous said...

berok pkr tu ingat kebanyakan pelajar tu bodoh sangat ke termakan ngn janji manis orang pkr tu dia orang fikir juga kenapa negari yang dibawah pr tak buat dulu kata selangor dapat menghasilkan beberapa bilion sejak memerintah

Anonymous said...

Tahniah kepada semua blogger mesra BN. You all punya bullet macam mechine gun, korek sana sini sampai ada paper pun tak terkejar. WORK HARD, WORK SMART.

Anonymous said...

BLOGGER BELAH SANA BERATUS TAPI HABUK PUN TARAK

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.