GEMPAR : PENGAKUAN IBU AZMIN ALI YANG KECEWA DENGAN ANAK LELAKINYA DISEBABKAN ANWAR...


Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,”katanya.
Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.
Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar demi kebaikannya.
“Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya, isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.
“Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti berkempen.
“Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,” katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar yang paling kuat.
Ummi kata apabila ibunya sakit teruk baru-baru ini, dia memberitahu dia dan dua kakaknya untuk tidak memaklumkan Azmin jika dia akan mati.
Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata ibunya telah memberitahu dia dan dua adiknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal dunia.
“Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia,” kata Ummi.
Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes liwat Anwar yang pertama kembali berkata dia akan kembali menyerang Azmin dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.
Ummi berkata dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13. - mStar Online
GEMPAR : PENGAKUAN IBU AZMIN ALI YANG KECEWA DENGAN ANAK LELAKINYA DISEBABKAN ANWAR... GEMPAR : PENGAKUAN IBU AZMIN ALI YANG KECEWA DENGAN ANAK LELAKINYA DISEBABKAN ANWAR... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:33 PM Rating: 5

8 comments:

  1. Anak derhaka betul si Azmin ni...

    PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI UCAP TERIMA KASIH KEPADA NURUL IZZAH!! Baca di sini..

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. orang yang menderhaka pada ibu lambat laun balasan terus didunia ni satu hari ini pasti akan terjadi

    ReplyDelete
  3. puak2 umno ni bodoh lebih drpd lembu fitnah makanan diaorang jeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. JIKA KITA BANDING ummi DENGAN azmin MANA LEBIH TERUK ?

    ReplyDelete
  5. Eleh...kene kt puak pembangkang...semua fitnah...kalau umno ngko iyea kan je..tk yah tunjuk baik la pencacai anwar sume...kalo ngko pon x tau itu fitnah ke tak, adlh lbh baik ngko diam je ngok! X yah berlagak alim...

    ReplyDelete
  6. x sepatutnya gambar2 ini dimasukkan kedlm surat khabar arus perdana!apa yg kita hendak jawab apabila anak2 kita bertanyakan pasalgambar2 itu.jika dah ada bukti laporkan sahaja kepada polis dan agama biar mereka membuat siasatan. di mana etika kewartawanan pihak pengarang. bagaimana ini bole berlaku. ada sekolah terpaksa melarang surat khabar di jual kepada pelajar kerana malu!dimana semua para cerdik pandai dan ahli agama di negara kita!saya sebagai orang biasa malu dengan keadaan ni!!!apa dah terjadi dengan negara malaysia ku tercinta.......

    ReplyDelete
  7. Ummi lagi teruk sampai bapa dia mati takmengaku anak..sah2 lah confirm kekal di neraka....

    ReplyDelete
  8. X lama lagi Si Tanggang ni mak dia sumpah jadi batu kote bengkok.....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.