GEMPAR : MANA YANG BETUL, NURUL KATA BERNIKAH TAPI SHAM KAMIKAZE PULA NAFI...


Kisah perkahwinan kedua Sham Kamikaze dengan Nurul Halimin ( kakak kepada Maulana – bekas pelajar Akademi Fantasia Kelapan – AF8) kini seolah menjadi misteri.
Sham yang aktif sebagai pendakwah bebas, telah menafikan beliau berkahwin lagi. Penafian dibuat melalu Facebook miliknya;
“Tolong faham saya ada keluarga yang begitu terguris dan berkecil hati dengan fitnah yang berulangkali dipaparkan tanpa rasa bersalah.
“Bagaimana agaknya perasaan anda sekiranya hal itu berlaku kepada keluarga anda?” Katanya.
Namun, Nurul pula bertindak sebaliknya dengan menegaskan mereka telah berkahwin.
Berikut petikan Twitter Nurul, hat-hati dengan bahasa yang digunakannya. Dia meminta kepada seseorang (Suffian Jaafar) untuk membantunya mendapatkan sijil nikah dengan Sham.
Mana Yang Betul : Nurul Kata Ya, Sham Kamikaze Nafi
Nurul adalah ibu tunggal beranak satu kelihatan agak tertekan dengan apa yang berlaku.
Namun, hendak percaya cakap siapa kini?
Di pihak Nurul tidak ada sijil nikah dan gambar perkahwinan, namun dia kelihatan bersungguh mengatakan ia berlaku. Di mana pernikahan berlaku pun tidak diketahui namun dikatakan ia telah dilangsungkan 16 Januari lalu.
Keluarga Nurul bagaimana pula tampil mengesahkan perkahwinan tersebut telah berlaku.
Sebelum ini dalam kenyataan yang dibuat keluarga Nurul Halimin terkilan apabila gitaris itu masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan. Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu. 
“Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut? 
“Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah? 
“Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah,” katanya. 
Tambah sumber itu lagi, sikap Sham yang tidak bercakap benar itu membuatkan Halimin tertekan dan terasa seperti diabaikan kerana menyembunyikan status perkahwinan mereka. Katanya sebelum berkahwin, macam-macam janji yang dia katakan kononya ingin menjelaskan perkahwinan itu kepada isteri pertamanya, Farazila, tetapi sehingga kini wanita itu belum diberitahu lagi.

Sham Kamikaze pula mengatakan apa yang tersebar adalah fitnah.
Kalau Nurul hendak marah pun dia pun pasal lah, namun harus disebutkan di sini dia kena tampilkan bukti yang jelas untuk menyokong dakwaan dia.
Dan Sham sebagai pendakwah bebas pula harus lebih tahu, andai mereka telah berkahwin tapi menafikannya, maka rujuklah dengan yang  lebih arif, kerana ada kemungkinan boleh jatuh talak dengan penafian seumpama itu.
Mana Yang Betul : Nurul Kata Ya, Sham Kamikaze Nafi
(Gambar: Sham bersama isterinya, Farazilla)
Apa pun, masa akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah. -My News Hub
GEMPAR : MANA YANG BETUL, NURUL KATA BERNIKAH TAPI SHAM KAMIKAZE PULA NAFI... GEMPAR : MANA YANG BETUL, NURUL KATA BERNIKAH TAPI SHAM KAMIKAZE PULA NAFI... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:02 AM Rating: 5

1 comment:

  1. orang pas memang gitu ...putar alam

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.