GEMPAR : MAH BENAR-BENAR TERUJA DENGAR CERAMAH ABANG MAT...


Baru-baru ini Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu menyatakan bahawa dia mahu mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon Hadiah Nobel sekiranya BN menang PRU13 dengan bersih dan adil.
Penulis yakin, Mat Sabu berkata demikian untuk memperlekeh tahap intergriti Datuk Seri Najib Tun Razak di mata rakyat. Kononnya, BN takkan menang dengan pilihanraya yang bersih dan adil…
Pada penulis, kenyataan Mat Sabu ini memang melucukan dan menampakkan kedangkalan pemikirannya yang kurang matang. Manakala mereka yang terpengaruh dengan dakyah ini hanyalah sekadar “pak turut” yang malas berfikir secara waras…
Sebenarnya jika diukur dengan kenyataan Mat Sabu itu, semua Perdana Menteri negara ini bermula dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra hinggalah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, layak untuk dicadangkan sebagai calon Hadiah Nobel.
Ini adalah kerana BN sememangnya menang pilihanraya selama ini dengan bersih dan adil..!!!
Sekiranya pilihanraya umum sebanyak 12 kali sebelum ini tidak adil, apakah pembangkang akan turut serta menyertai dan bertanding dalam setiap pilihanraya tersebut?
Setahu penulis, sekiranya mana-mana parti politik di dunia ini tidak yakin dengan proses pilihanraya yang adil dan bersih, mereka tidak akan sekali-kali turut bertanding dalam pilihanraya tersebut.
SPR sejak sekian lama. Tiada dakwa-dakwi lagi.
Jadi, mengapa pula para pembangkang mengandaikan kepada masyarakat bahawa Najib tidak mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih?
Penulis dengan yakin menyatakan bahawa para pembangkang mendakwa sebegitu kerana mereka tidak pernah menang pilihanraya umum di negara ini. Itu hakikat sebenarnya.
Sekiranya mereka menang pilihanraya, maka mereka akan berteriak seluruh negara bahawa sistem pilihanraya negara inilah yang paling bersih, adil, mulus, telus dan demokrasi!
Dan selagi mereka tidak menang, selagi itulah mereka akan mendakwa PRU di Malaysia kotor dan tidak adil, serta dikawal kerajaan.
Sebenarnya, mereka malu pada rakyat kerana mereka gagal dan tak pernah menang PRU di Malaysia. Itu menunjukkan mereka memang tidak mendapat tempat dihati majoriti rakyat negara ini.
Persoalannya, siapa yang mahu percayakan pihak pembangkang? Melihat perangai mereka pun, jin dan setan pun lari! Semua parti dan pemimpin mereka sangat bermasalah dan tidak meyakinkan, khususnya “bakal PM” mereka, Anwar Ibrahim!


Siapa yang tidak kenal Anwar? Dia “pelakon terkenal” sejak kurun yang lalu lagi. Di zaman millenium ini, dia semakin “advance” dengan menerbitkan sendiri “filem lakonan”nya yang “daring beraksi di atas ranjang”!
Mungkin Anwar tidak layak untuk dicadangkan sebagai calon Hadiah Nobel seperti Najib, tapi dia begitu sesuai untuk dicadangkan sebagai pemenang kategori Anugerah Pelakon Politik Paling Popular abad ini!


Jika Mat Sabu mahu, dia pun boleh dicadangkan sebagai calon Anugerah Pelakon Pembantu Politik Paling Popular. Lakonannya “dilanggar kenderaan polis” sehingga terlantar di atas “wheel chair” begitu menyayat hati sekali!
Berbeza dengan Najib, tak payah dicadangkan pun, kita tahu bahawa beliau memang layak dianugerahkan Hadiah Nobel kerana begitu mementingkan intergriti di dalam pentadbirannya. Sebab itulah adanya ETP, GTP dan sebagainya.
Pembangkang pula ada apa? Ada video seks? Ada rakaman audio mengorat dan berbual lucah dengan isteri orang? Berhubungan sulit dengan isteri “macai” sendiri? Tunduk pada kehendak kafir harbi? Melindungi Zionis Yahudi Israel? Sedarlah diri sikit…
dukeofmontecristo
GEMPAR : MAH BENAR-BENAR TERUJA DENGAR CERAMAH ABANG MAT... GEMPAR : MAH BENAR-BENAR TERUJA DENGAR CERAMAH ABANG MAT... Reviewed by Empayar Pemuda on 4:01 PM Rating: 5

5 comments:

  1. muka yg adil ada diatas...

    sorg pakai pendakap leher...

    sorg lagi naik ferrari ENZO rim 26'

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. alahai mat sabu sapa yang heran ko punya cakap takde makna nya mat sabu2 ko jadi berok mak yeh je la

    ReplyDelete
  3. A'AAAAAAAA...WUUUU...HUH...HUUUUUUUUUUUUU

    ReplyDelete
  4. KPI untuk INTERGITI ialah REMBAT BINI ORANG.KAUNSELING BINI ORANG PUKUL 3 PAGI.

    ReplyDelete
  5. hahahha...mat sabu terjun dengan labu2nya...tgk muka pun dah tau...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.