Sunday, April 8, 2012



Dianggarkan seramai 3'000 penduduk kawasan sekitar Permatang Pasir menghadiri ceramah 'Selamatkan Aqidah dan Pertahankan Islam, Melayu, Raja' yang disampaikan oleh Dato' Dr Hasan Ali dan juga Haji Ismail Mina Ahmad malam semalam.

Ceramah anjuran Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN) yang diadakan bertempat di Padang Bukit Jelutong, Permatang Pasir tersebut mendapat sambutan menggalakkan biarpun pada awalnya hujan turun dengan agak lebat yang menyebabkan keadaan kawasan ceramah agak becak.

Didalam ceramah tersebut, Haji Ismail Mina yang juga merupakan Presiden Muafakat dan bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, persoalan akidah masyarakat kini telah terpesong akibat dari perbuatan halus yahudi di Malaysia.

Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.

Dr Hasan Ali pula lebih banyak mendedahkan perilaku pemimpin PAS yang beliau dakwa bersekongkol dengan kafir untuk menjahanamkan Islam.

Selain itu menurut beliau, parasit-parasit dalam PAS harus bertanggung jawab sekiranya suatu hari nanti umat Islam didalam PAS tergelincir akidah mereka akibat terlampau taksub dengan kuasa hingga menghalalkan cara.- UTARA NEWS



**Walaupun dalam keadaan gelap tetapi penonton yang hadir tetap tidak berganjak untuk mendengar amanat penceramah..












1 comments:

Anonymous said...

selalunya orang ada peluang buat duit dia tak kasi pada orang lain, dia bagi kroni dia dulu - utk yg di atas tu

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.