Monday, April 23, 2012


Jika benar seperti apa yang didedahkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, EP harap ibu bapa kepada mahasiswa yang mendedahkan perkara tersebut perlu mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang bertanggungjawab menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kursus ‘demonstrasi jalanan’ yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.

Tindakan mereka ini bukan sahaja menyebabkan mahasiswa-mahasiswa  ini  mengabaikan pelajaran mereka di universiti tetapi yang lebih penting  tindakan mereka ini boleh mengamcam keselamatan dan nyawa mahasiswa-mahasiswa ini...


Dua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendedahkan, sebuah parti politik menaja mahasiswa untuk mempelajari dan berlatih cara mengadakan demonstrasi jalanan yang dianjurkan pertubuhan di negara luar termasuk Indonesia.
Tujuan utama kumpulan itu adalah bagi menimbulkan kekacauan dan provokasi kepada pihak berkuasa seterusnya menarik perhatian media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.
Sebelum dihantar mengikuti kursus ‘demonstrasi jalanan’ itu, mahasiswa itu dipujuk bagi mengikuti perjuangan parti politik berkenaan.
Mereka yang mendedahkan perkara itu kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi pada satu majlis pertemuan minggu lalu, berkata seorang pelajar IPTA yang digantung pengajian dan sering kelihatan pada setiap demonstrasi jalanan yang membabitkan parti politik itu, turut dihantar bersama mereka ke Indonesia.
Selain itu, mereka juga dihantar ke lapangan bagi memerhatikan bagaimana peserta demonstrasi melakukan provokasi dan menimbulkan kekacauan kepada ketenteraman awam serta pihak berkuasa selain diajar mengenai doktrin manipulasi bagi mendapat perhatian awam dan paling utama media dan NGO asing.
Difahamkan parti itu semakin giat menghantar mahasiswa untuk tujuan itu, sejak tahun lalu.
Mohd Puad berkata, dua mahasiswa itu juga berkata, mereka dijanjikan pelbagai habuan termasuk wang ringgit dan semua perbelanjaan ditanggung oleh parti politik itu. 
“Mereka juga diberi jaminan akan dibela dan 'dijaga' jika dikenakan tindakan disiplin atau undang-undang daripada pihak universiti dan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Mesra Rakyat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kawasan Batu Pahat 2012, di Kampung Sungai Jambi, Rengit, dekat sini, semalam.
Mohd Puad berkata, mahasiswa itu memberitahunya, provokasi yang dilakukan amat penting bagi mendapat perhatian media asing yang kemudian akan merakamkannya sebelum menyiarkan ke seluruh dunia.
“Mahasiswa itu turut ditanamkan dengan doktrin bahawa mereka dijulang sebagai wira jika gambar demonstrasi mereka disiarkan media antarabangsa,” katanya.
Pendedahan mahasiswa ini katanya, memberi pengesahan dakwaan ada parti politik di negara ini menerima dana asing yang disalurkan NGO luar bagi menimbulkan kekacauan dalam negara.
“Jika tidak masakan mahasiswa bersetuju dengan arahan dan menerima ideologi mereka termasuk mengadakan demonstrasi jalanan jika tidak dijanjikan kemewahan hidup selain dihantar ke luar negara untuk dilatih berdemonstrasi dengan segala perbelanjaan ditanggung,” katanya.
Difahamkan pelajar institusi pengajian tinggi ini dihantar secara berperingkat sekurang-kurangnya 10 orang setiap perjalanan dan tinggal di negara yang dipilih kira-kira dua minggu.
Ada juga di antara mereka yang pulang ini melatih pelajar lain termasuk dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).BHarian
Adakah Anwar dan puak-puak pembangkan mahu situasi seperti ini berlaku di Malaysia..Parti politik di Indonesia sanggup mempertaruhkan keselamatan dan masa depan mahasiswa untuk menuntut kepentingan politik mereka..


TRIBUNNEWS.COM, MEDAN - Aksi menolak kenaikan harga bahan bakar minyak (BBM) yang dilakukan Forum Mahasiswa Sumatera Utara berakhir ricuh di Kantor DPRD Sumut Jl Imam Bonjol, Medan, Rabu (21/3/2012) sekitar pukul 14.00 WIB. 
Sekitar 30 mahasiswa akhirnya diamankan ke Mapolresta Medan.Kerusuhan dipicu karena massa aksi yang tergabung dalam FROMSU (Forum Mahasiswa Sumatera Utara) melempari petugas dengan benda keras.
Akibatnya, petugas terpaksa menembak ke arah massa aksi menggunakan peluru karet, serta memukul mundur mahasiswa dengan mengerahkan kendaraan water canon. 
Massa aksi berhamburan. Sebagian besar melarikan diri ke Palladium Mall yang tak jauh dari kantor DPRD Sumut. Polisi pun melakukan sweeping ke Palladium Mall untuk menangkap mahasiswa yang menjadi provokator kerusuhan ini. 
Akibat kerusuhan ini, sedikitnya tiga polisi terluka. Satu di antaranya Kasat Sabhara Polresta Medan, Kompol Benny Saragih.
"Saya belum tahu berapa personel yang terluka," ujar Kapolresta Medan Kombes Monang Situmorang yang ditemui di lokasi kerusuhan.

2 comments:

Adi Kencana said...

kesian tgk mahasiswa yg diperkudakan anwar...

PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

dulu masa demo student tahun 1974 cara yang sama digunakan "hantu" tu, janji macam2, student jangan takut..kita ada barisan lawyer handal handal belakang kita, kita ada pasukan berbaju... di belakang kita, kita berkumpul di dataran merdeka, kalo polis kacau kita lari ke masjid negara, dah lari ke masjid negara semua kena tangkap,.. kepala barua terlepas masa tu.. siapa susah risau, emak bapak, lecture ponteng,naik mahkamah dua tiga kali, itu pun nasib kerajaan lepas kan,,, bukan ke susah,..tangkap saja semua di padang tu,hantar mahkamah naik dua tiga kali baru dia org paham,..siapa susah,.. emak bapak..siapa ketua,,, barua2 tu bebas kesana kesini..fikir lah.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.