Tuesday, April 17, 2012


Mula-mula kata nak buat perhimpunan aman je..lepas tu nak berkhemah sehingga bersih 3.0. Selepas berkhemah bawa pula pemimpin politik berceramah...apa ni...undang-undang apa ni...baik lepas ni bawa kontraktor untuk buat rumah di situ..senang sikit...boleh bawa anak bini mak bapa duduk sekali disitu...

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata pihaknya akan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di seluruh negara jika mendapat sokongan orang ramai.

Mereka mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu dan sejak itu berkhemah di Dataran Merdeka.

"Kami akan berkumpul di beberapa lokasi untuk mendapatkan respons daripada masyarakat tentang isu yang kami perjuangkan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menambah "kami memerlukan banyak lagi sokongan daripada orang awam. Di samping itu, meletakkan kain rentang tandatangan sokongan."

Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan mereka menurunkan kain rentang dan mencabut khemah-khemah yang didirikan, tetapi mereka mendirikan semula petang semalam dan hari ini.

Dua khemah lagi didirikan hari ini.

Turut hadir memberi sokongan dan menurunkan tandatangan hari ini ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Bermula dari malam tadi, mereka menganjurkan ceramah di Dataran Merdeka.

2 comments:

Anonymous said...

DBKL kena kasi NOTIS kat budak2 biol ni semua. sejak bila pulak dataran tu boleh dijadikan tempat sesukahati melepak siang malam? ini nampak sangat mukadimah untuk wujudkan dataran tahrim kat sana. bangsat betullah keturunan depa ni! entah mana datangnya bangsat2 ni semua! menyusahkan orang tak abis2! mana mak bapak depa ni tak tau jaga anak ker !!? nampak sangat ini agenda perang saraf puak2 pakatan haram!!

-gagak dirimba:/

Anonymous said...

saya baru balik dari luar negara..ingatkan PR tu ok la..boleh la diharapkan..bila dah mcm ni keadaannya..tak sokong pun tak rugi..biar la sapa2 yg nak sokong PR tu..harap sangat PR kalah dlm pru13 nanti..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.