Monday, April 16, 2012


Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut. Pertamanya, saya ucapkan tahniah  kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.

Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.

Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah 'orang-orang tertentu' yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.

Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan hala tuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, sama ada pembangkang ataupun kerajaan.

Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk ALLAH tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.

Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat ALLAH itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.

Isu samada memansuhkan langsung PTPTN ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif.

**SUNGGUH MEMALUKAN..cuba lihat perlakuan mahasiswa-mahasiswa ini..Adakah mereka layak digelar mahasiswa?? Perlakuan mereka ini mengalahkan beruk di hutan...tidak bertamadun dan menunjukkan mereka tidak mempunyai akal untuk berfikir walaupun mereka bergelar mahasiswa...

Mungkin ini yang Dr Asri nampak..sebab itulah dia sebagai seorang pensyarah dan juga sebagai seorang yang arif dalam hal agama terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menegur kelakuan mahasiswa yang tidak beradap ini dan dipengaruhi dengan politik keencian pembangkang..

Bagi EP inilah akibatnya apabila mentaliti seseorang mahasiswa itu dipengaruhi oleh puak-puak pembangkang...rosak bukan??Mahasiswa ini tidak sedar mereka ini digunakan untuk mencapai kepentingan politik pembangkang..

7 comments:

Anonymous said...

Yang hindu tu pun tak boleh menghormati agama nya sendiri, dia sedar ke tidak mereka budak2 hingusan tu mempermainkan nya.

njah50 said...

Suingguh menjijikan dan memalukan orang Melayu sendiri. Orang Melayu menghina orang Melayu. Orang Melayu menghina pemimpin Melayu sendiri. Orang Melayu menjatuhkan pemimpin Melayu mereka sendiri. Inikah dikatakan mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah! Kalaulah mak bapak mereka didiperlakukan sedemikian apa perasaan mereka. Memang biadap mereka-mereka ini. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka-mereka orang Melayu ini

anamas said...

SEBAB PAKATAN RAKYAT YANG AJAR BUDAK2 NI JADI KURANG AJAR. RAMAI AHLI POLITIK DARI PAKATAN RAKYAT YANG KURANG AJAR.PAKATAN RAKYAT ADALAH PAKATAN MANUSIA KURANG AJAR...

Anonymous said...

lihat saja siapa gurunya,

Anonymous said...

ALLAH HUAKHBAR, SEDIH , MARAH, KALAU BOLEH, NAK MINTA SUPAYA ALLAH BAGI BALASAN SEGERA KEPADA ORANG MELAYU YANG BAGI SAYA KURANG AJAR INI. MANUSIA JENIS APAKAH INI, KITA BENCI ATAU TAK SUKA PADA SESEORANG ITU ADAKAH INI CARA ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH BUAT KEPADA SESEORANG ITU. KALAU PEMIMPIN PEMBANGKANG RASA MEREKA BAIK SANGAT, ALIM SANGAT, PANDAI SANGAT, KENAPA BIARKAN PERKARA INI BERLAKU. KALAU BOLEH, RASANYA NAK MINTA DOA SUPAYA ALLAH BAKAR SAHAJA MEREKA INI KEDALAM API NERAKA BERSAMA DENGAN PEMIMPIN MEREKA YANG SAMA KURANG AJAR, TERSENGIH2 MELIHAT KEBIADAPAN YANG TLH DILAKUKAN. MEREKA MENUNJUKKAN SIKAP SEOLAH2 MEREKA HIDUP KEKAL SELAMANYA DI DUNIA INI. ALLAH HU AKHBAR SUDAH TERSIMPANG JAUH PERLAKUAN MEREKA INI. AYUH BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM YANG MASIH BERIMAN SAMA-SAMA KITA BERDOA DAN SOLAT HAJAT SUPAYA MEREKA YANG BIADAP DAN KURANG AJAR DIBERI PEMBALASAN DI DUNIA LAGI AGAR MENJADI PANDUAN BAHAWA APA YANG TLH BERLAKU SANGAT2 TIDAK BAIK DAN MELAMPAUI BATASAN MANUSIA YANG WARAS. WALLAHUALAM.....

Anonymous said...

Ustaz sudah habis jelaskah hutang kepada Kerajaan yang membiayai pelajaran Ustaz semasa di Jordan dulu tu.

Anonymous said...

INI MENUNJUKKAN SIFAT SEBENAR PEMBANGKANG. KALAU MAU BANGKANG, BANGKANG JE LAH.KENAPA MEMASUKKAN UNSUR2 BIADAP KETERLALUAN.SEBAB TU LAH PTPTN X LAYAK DIBERI FREE PD ANDA SBB MAHASISIWA BELAJAR TINGGI2 TAPI MASYAALAH....SIFAT MELEBIHI SYAITAN.SUDAH DIBERI TEMPAT BELAJAR,SOMBONG X BERTEMPAT.MINTA LAH PD ALLAH..ALLAH MAHA KUASA.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.