GANGGUAN MAKHLUK HALUS PUNCA PELAJAR UPSI TERJUN BANGUNAN...??


Pada 21 April 2012 lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terjun dari bangunan dan maut. Salah satu puncanya kenapa Fatimah Mina Md Juferi melakukan perbuatan itu ialah beliau dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, sehingga maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam. 

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.





Ini pula komen kawan arwah...KLIK SINI

adeq said...

Assalamu'alaikum. saya kawan arwah, mohon untuk tidak memburukkan arwah kerana siasatan masih dijalankan. juga tidak mempercayai kata-kata tidak sahih dari mulut pemberita tabloid. arwah adalah seorang yang baik, moga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang saleh. ameen ya rabb.

andai anda salah anda berdosa kepada arwah. mohon ampunan padaNYA. faghfirlana ya rabb.
GANGGUAN MAKHLUK HALUS PUNCA PELAJAR UPSI TERJUN BANGUNAN...?? GANGGUAN MAKHLUK HALUS PUNCA PELAJAR UPSI TERJUN BANGUNAN...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 9:36 AM Rating: 5

4 comments:

  1. allahummagfirlaha warhamha...ya allah ..kami lemah ya allah..hanya engkau yang berkuasa atas segala sesuatu..

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah kpd arwah...

    PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. mengapa tidak dirujuk kepada doktor terutama pakar psikiatri?

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.