Friday, April 6, 2012


Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak. Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.


Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.



Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.



“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.



Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.



Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.



“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.



“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.



Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.



“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.



Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak.


**Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang..baru berusia 18 tahun sudah berani melakukan perkara yang terkutuk ini...

4 comments:

Anonymous said...

Binatang

Anonymous said...

mcm hanjeng r..

hpmurah2u said...

torok bonar la aiiii

Anonymous said...

MALAYSIA KU AMAN... LANCAU....!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.