CITA-CITA GUAN ENG UNTUK MENJADIKAN PULAU PINANG HUB PERJUDIAN HARAM TERBESAR TIDAK KESAMPAIAN..


Polis menyerbu sebuah premis yang menjalankan kegiatan judi Internet dan merampas pelbagai peralatan bernilai RM50,000 dalam satu operasi di Jalan Slim, Jelutong di sini malam tadi.
Jurucakap polis berkata, hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap Dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyerbu premis itu pada pukul 8 malam.
"Semasa serbuan kedai itu baru memulakan perniagaan manakala pintu hadapannya dilengkapi sistem kod digit yang hanya diketahui pelanggan tetap.
"Selain itu, premis di tingkat satu itu turut dilengkapi kamera litar tertutup di luar bahagian atas pintu hadapan berkenaan agar dapat memerhati kehadiran pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, ketika serbuan, hanya terdapat seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis berusia dalam lingkungan 20-an.
Jurucakap itu berkata, dalam operasi tersebut polis merampas sebuah mesin simulator, 12 set komputer perjudian serta beberapa barangan lain yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM50,000.— BERNAMA
CITA-CITA GUAN ENG UNTUK MENJADIKAN PULAU PINANG HUB PERJUDIAN HARAM TERBESAR TIDAK KESAMPAIAN.. CITA-CITA GUAN ENG UNTUK MENJADIKAN PULAU PINANG HUB PERJUDIAN HARAM TERBESAR TIDAK KESAMPAIAN.. Reviewed by Empayar Pemuda on 2:00 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.