Monday, April 9, 2012


Segmen Fast & Furious yang menampilkan perlumbaan kereta drag pada Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya dijangka menerima penyertaan dua kali ganda berbanding tahun lepas.
Program yang paling menarik perhatian belia dalam segmen itu ialah ‘Kementerian Belia dan Sukan (KBS) National Drag Racing Championship 2012’ yang bakal berlangsung di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, Putrajaya.
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, KBS, Hazri Nizam Zakaria berkata, pada tahun lepas, hampir 100 peserta menyertai lima kategori kejohanan tersebut.
“Pada tahun ini KBS menjangka lebih 200 peserta akan memohon untuk turut serta.
“Namun, penyertaan adalah terhad dan belia yang ingin menyertainya perlu segera mendaftar semasa program itu nanti,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Hazri memberitahu, hadiah keseluruhan yang disediakan turut meningkat kepada RM26,000 berbanding RM10,000 pada tahun lepas.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.