Thursday, April 5, 2012


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disaran agar terus menerus membuat penafian dan meminta bukti terhadap segala dakwaaan yang dilemparkan terhadap beliau bagi memudahkan mana-mana pihak termasuklah berhubung isu  pemilikan saham jutaan ringgit yang dikatakan miliknya dan isteri, Shamsidar Taharin.
Saranan itu dinyatakan oleh bekas Naib ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip yang melihat langkah berkenaan akan memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk melihat secara jelas bukti-bukti yang akan dikemukakan khususnya yang terkini  oleh bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.
Menurut beliau dokumen berhubung dakwaan pembelian saham yang dikemukakan oleh Anuar setelah diminta menyatakan secara tepat oleh Azmin sebelum ini nyata bakal memberi tamparan hebat  dan mungkin akan terdedah satu demi satu.
“Saya minta Azmin agar terus menafikan perkara ini kerana kita pun ingin lihat dan tengok pelbagai bukti lain yang mungkin akan terus keluar selepas ini. Nafi dan nafi…..Cabar dan terus cabar….Tetapi Azmin mungkin lupa apa yang beliau ingin dinafikan itu semua orang dah tahu.
“Dan mungkin beliau juga lupa segala cabaran yang dihulurkan itu akan bersahut  dan sama-samalah kita lihat sejauhmana politik dan retorik Azmin dalam soal ini. Saya percaya Anuar Shaari bukan cakap kosong dan kita tunggulah apa pula reaksi Azmin selepas ini,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meminta angka yang tepat mengenai pemilikan saham jutaan ringgit yang dikatakan milik beliau dan isteri, Shamsidar Taharin membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari  berkata Azmin mungkin ‘terlupa’ mengenai angka yang tepat berhubung jumlah saham beliau dan Shamsidar kerana mereka sudah memiliki kekayaan bernilai jutaan ringgit tetapi rakyat tidak lupa.
Beliau sentiasa bersedia untuk menghilangkan tabiat ‘pelupa’ Timbalan Presiden PKR itu melalui bukti-bukti sahih transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dan pemilikan akaun RM8 juta atas nama Azmin, Shamsidar serta proksi mereka.
Zahid seterusnya menegaskan beliau sependapat dengan apa yang dinyatakan oleh bekas rakan seperjuangannya di dalam PKR sebelum ini, Anuar Shaari bahawa Azmin mungkin lupa dan mungkin ada tabiat lupa.
“Azmin perlu ingat…rakyat tidak akan lupa dan mungkin beliau sahaja yang mempunyai tabiat berkenaan. Kita tengoklah mungkin Anuar ada ubatnya yang boleh menghilangkan tabiat pelupa Azmin itu. Saya tidaklah mahu ulas lebih-lebih dan hanya berminat untuk mengetahui ubat pelupa oleh Anuar itu sahaja,“ katanya. -MediaUMNO

3 comments:

Anonymous said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

pelaburan yg tidak dijamin halalnya

Bollywood Girls said...

Lebih 18 + panas menunjukkan di sini

Mrinalini Sharma Photo Gallery

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.