Friday, April 6, 2012


Terkejut dan tertipu! Itulah reaksi seorang bekas dekan sebuah universiti awam selepas menyedari isteri ketiga yang dinikahinya selama setahun di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009 rupa-rupanya seorang lelaki yang menyerupai wanita.
Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan membuat aduan ke Jabatan Agama Islam Gombak.
Semasa pernikahan ketiga berlangsung, Bahrom masih memegang jawatan dekan USIM.
Lanjutan aduan itu, pejabat agama pada 23 November 2010 mengarahkan Bahrom dan isterinya, Sri Wani Choo Abdullah, 37, seorang pengusaha butik kecantikan supaya berpisah sementara kerana berlaku keraguan mengenai pernikahan tersebut.
Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.
Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.
Bagi segera menyelesaikan kemelut itu, Bahrom yang diwakili peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid kemudian memfailkan permohonan faraq (memisahkan perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini terhadap Sri Wani pada 17 Januari 2011.
Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani. - KOSMO
**Ini gambar Ratu Cantik PONDAN di Thailand..Mana lelaki tak tertipu jika pondan pun cantik macam ni...mengalahkan Miss Malaysia...hehehehehe..Lain kali kalau nak kahwin dengan perempuan Thailand, pastikan anda siasat dulu latar belakangnya..buat ujian mana yang patut..mana la tahu nanti jadi kes macam ni...menyesal tak sudah...




***Gambar diatas tu sekadar hiasan je..

5 comments:

Adi Kencana said...

Kesian dekan tu...

NURUL IZZAH MENGAKU DIA TIDAK LAYAK JADI AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

yg gatal kote nk nikah kt thai sapa suruh,, dekan dekan...

Anonymous said...

fuyyooooo....goyang jgk tgk bebbbb...

Anonymous said...

Orang cerdikpun kena tipu jugak????? Kalau camtu cerdik atas kertas je la.... Ha ha ha

Anonymous said...

Berita terkini! Si gatal bekas dekan yang mendakwa tersilap kahwin katoey di siam kalah di mahkamah syariah untuk kali keempat dan diarah bayar sejumlah Rm12,000 sebagai kos. Padan mukanya!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.