AZMIN ALI - SALAHKAN SAYA BERJENAKA DENGAN TIAN CHUA SEMASA PERTABALAN YDPA..


Tindakan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah dinafikan oleh mereka dengan menuding jari kepada UMNO mengatakan bahawa dakwaan tersebut adalah serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan.

Penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr Zainal Abidin Borhan berkata alasan sedemikian bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ia sudah berulangkali berlaku iaitu menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atas apa saja perbutan buruk yang mereka lakukan.

“Senang cakap siapa makan cili dia akan terasa pedasnya tapi inilah pembangkang yang akan menggunakan kaedah paling baik bagi melepaskan kesalahan yang telah dilakukan iaitu menyalahkan musuhnya, maka dalam kes ini UMNOlah yang dipersalahkan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Sikap negatif pemimpin pembangkang ini telah didedahkan oleh pegawai perubatan Dr. Rahman Kadir yang kebetulannya berada di barisan dif-dif kehormat dan duduk di Balairong Seri dengan mendakwa melihat sendiri perilaku mereka ini.

“Pemimpin pembangkang ini hadir dengan jemputan rasmi sebagai ahli Parlimen, jadi sewarnya sebagai tetamu mereka ini faham tataetika dan tatatertib memasuki ‘rumah orang’.

“Adalah tidak manis jika seseorang tetamu ke rumah orang lain tetapi kemudiannya mempersenda baju atau tubuh badan dan lain-lainnya yang ada berkenaan tuan rumah berkaitan. Itu adalah perbuatan yang tidak molek atau dalam bahasa kasarnya itu adalah biadap.”

Tegas beliau lagi, dalam majlis rasmi ketua negara dan dihadiri oleh para pemimpin tertinggi negara, sepatutnya para pemimpin pembangkang ini menunjukkan perilaku yang baik.

“Mereka ini adalah wakil rakyat yang mewakili kawasan Parlimennya sendiri tetapi dengan sikap sedemikian telah menyerlahkan aib mereka sendiri yang secara tidak langsung inilah nilai kepimpinannya.” - MediaUMNO
AZMIN ALI - SALAHKAN SAYA BERJENAKA DENGAN TIAN CHUA SEMASA PERTABALAN YDPA.. AZMIN ALI - SALAHKAN SAYA BERJENAKA DENGAN TIAN CHUA SEMASA PERTABALAN YDPA.. Reviewed by Empayar Pemuda on 10:44 PM Rating: 5

7 comments:

  1. berjenaka pala tok nek dia macam tu, tak reti hormat langsung, kalau orang berjenaka macam tu kat dia ka kat bapak dia ka marah sampai berguling-guling macam budak tak beringguih lagi,,, apara,,, tuihhh....

    ReplyDelete
  2. Buat lar jenaka berhubung camner dia lacurkan isteri kepada boss dia, baru lar kita sama sama tumpang ketawa...

    ReplyDelete
  3. Tempat paling sesuai untuk Assmin & the gang ialah Raja Lawak Astro ataupun sarkas ataupun zoo negara.

    ReplyDelete
  4. Berjenaka atau menghina org. Suka ke dia bila org buat camtu gak kat dia. Kalau jumpa dia, org kata pinjam sehari. (Pinjam apa?? Pinjam bini dia le, kan dia selalu pinjamkan bini dia kat Pak Anu r.) :) )

    ReplyDelete
  5. apa nak diherankan ... mereka kan dah lama mengidam nak hapuskan ketuanan melayu ... jadi tindak tanduk mereka mencerminkan kehendak hati mereka ... kalau x caya ce tengok apa pencacai mereka kata tentang raja-raja melayu.

    Cuma saya sedih lah sepatutnya rakyat malaysia yang beragama islam mempertahankan sistem pemerintahan beraja kita, kerana mereka membawa lambang agama islam sebagai agama rasmi negara bertuah ni ... perihal kehidupan peribadi mereka itu adalah hak mereka ... setiap negeri ada mufti sendiri ... merekalah yang lebih layak menegur dan menunjuk ajar mana yang patut ... macam kita kat rumah ibu bapalah yang patut mengajar dan mendidik anak-anak

    MAK CIK KKB

    ReplyDelete
  6. Dah muka pun macam Musibat, mmg la perangai cmtu. Budak kecik pun tau hormat org, ni kan pulak pemimpin rakyat. Nk gurau ada byk tempat lain lagi, kalau tak suka buat apa dtg?

    ReplyDelete
  7. org mcm ni yg penyokong pembangakang kata pembela melayu?pembela rakyat?korg yg mana penyokong pembangkang nnti tunggu la apa akan jadi bila org2 mcm ni korang naikkan sebagai pembantu rakyat...masa tu menyesal x berguna.masa tu melayu dah hampr hilang kuasanya.ko ludah la kepada UMNO tapi jgnla smpai meludah ke langit,tekena muka sndiri.fikirkanlah..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.