Saturday, April 14, 2012


Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menolak cabaran pelbagai pihak yang mahukan kerajaan pakatan rakyat Selangor menjadi perintis melupuskan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di kolej universiti di bawah kawalan kerajaan negeri itu.
Sebaliknya Anwar menuding jari kepada kerajaan Persekutuan yang didakwanya bertanggungjawab sepenuhnya untuk melupuskan hutang tersebut.
Anwar berkata demikian dalam wacana politik, “Pendidikan Percuma Apakah Sekadar Mimpi” di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam, 11 April.
Isu PTPTN mencuri tumpuan apabila Ketua Pembangkang menabur janji bahawa pinjaman itu akan dimansuhkan jika Pakatan Rakyat berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13.
Namun janji berkenaan tidak dimasukkan dalam manifesto Buku Jingga Pakatan. Beberapa pakar ekonomi dan akademik berpendapat jika dasar itu dilaksanakan, rakyat bakal dibebankan dengan cukai yang tinggi.
Di Selangor kerajaan negeri mempunyai dua universiti iaitu UNISEL (Universiti Selangor) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
UNISEL menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM851,294,429.90 untuk faedah sebanyak 25,649 pelajar universiti itu sejak tahun 2000 sehingga 31 Mac 2012.
Manakala di KUIS pula menerima sebanyak RM369 juta untuk kemudahan sebanyak 13,763 pelajar. AIDC

2 comments:

Anonymous said...

apa susah bayar je la dengan duit kerajaan negeri...banyak berdolak dalih..

Anonymous said...

biasalah kaki putar alam. Dia akan janji apa sahaja asalkan dapat ke Putrajaya. Dia sanggup jual agama dan bangsa demi cita2. Klu Kak Zah b oleh tlg dia kePutrajaya Kak zah pu nak dijual. jangan percaya org macam ni, cuba lah fikir berapa banyak dia dah kelentong rakyat..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.