Monday, April 16, 2012


Perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di depan Kompleks Sogo di ibu negara kelmarin seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.

“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang? Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat,” tegasnya.

Fathul Bari berkata, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama.

“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” katanya.

Menurutnya, dalam memperjuangkan isu seperti PTPTN, apa yang paling wajar dilakukan ialah mengingatkan orang yang berhutang supaya membayar hutang mereka.

“Wang yang dipinjam itu hutang kerana ia duit kerajaan, yang juga duit rakyat,” katanya.

Sebagai mahasiswa yang telah menjalani proses pembelajaran­ di menara gading, kata Fathul Bari, mereka perlu mengelak sebarang tindakan yang berunsur provokasi untuk mencapai sesuatu matlamat kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, sekali gus menunjukkan imej diri mereka yang tidak matang.

“Mereka sepatutnya menggunakan kaedah berjumpa dan berbincang jika ada sesuatu perkara yang mereka mahu luahkan. Sebagai pelajar universiti, mereka harus buat keputusan dan bertindak dengan bijak,” katanya. SH

9 comments:

pok jauh said...

Lahanat punya budak....angkara sape ni....jgn tak tau nak jawab pulak....

Anonymous said...

Mana kesenangan yang percuma. pinjaman ptptn tu mengajar pelajar betapa sukarnya untuk mendapat segulung ijazah dan juga mengajar pelajar tu untuk bertanggungjawab membayar semula pinjaman sebab mungkin adik-adik dia pun nak guna duit tu selepas ini. cukuplah apa yang telah kita dapat. belajar bersyukur. Kalau di negara lain kita takkan dapat apa yg kita nikmati sekarang. malahan rakyat memberi subsidi kepada kerajaan. semua yang menyokong pemansuhan ptptn ni kenapa sebab sikap dia orang yg suka pinjam tapi tak nak bayar. masa baru dapat bukan main suka tapi bila nak bayar balik suruh mansuh plak. orang bagi untuk tanggung belajar. ini tidak beli benda tak perlu seperti handphone canghih, motor dan lain-lain. Kepada mereka yg begitu renungkanlah apa dah jadi pada negara greece? perbelanjaan melebihi pendapatan

Anonymous said...

Mereka ni kalau disogok janji menggunung memang tak pikir apa..seronok berdemo..tapi fikiran cetek (tak pikir jauh). Budak2 pendek akal le katakan. Ni la yang pakatan nak..budak2 melayu perlu dijahanamkan - egenda DAP. Pikir2 la..demi IMR & anak cucu kita.

Anonymous said...

siapa yg jahanam ??? anak Melayu dan ugama Islam jugak....Melayu diperalat dr segenap sudut oleh DAP/PKR/PAS...Gi tengok berapa ramai budak Cina/India berbanding Melayu yg terlibat...

MASA DEPAN BANGSA APA YG AKAN RUGI ???

JEBAT MELAKA

Anonymous said...

Ini manusia yang sepatutnya dinyahkan awal awal daripada UPSI, adakah insan ini yang diharapkan untuk memimpin generasi akan datang, sungguh malang sekali generasi akan datang? MUSNAAAAAAAAAAAAAAAAA BANGSA MELAYU.

Anonymous said...

xsedar diri!!!

Anonymous said...

budak2 mahasiswa nih dah jadi hindu plak dah..
mangkok hayon btol.... bertaubat la...
apa yang korang buat ni merosak imej korang sendiri jer...bangang... kata nak demo mansuh ptptn?? tapi ini macam da lari dari topik dah ni...
ingat kerajaan takkan biar lama keadaan macam ni..
jangan terlalu gembira budak x sekolah semua....

Anonymous said...

Aku cabar adam adli mai buat demo kat kulim....jenis manusia yang tak qeti bersyukur...buat malu bangsa melayu..akai letak kat jubuq...jangan berasa bangga buat

Anonymous said...

Mai jgn tak mai...kalau hang anak jantan,hang mai buat demo kat kulim...masa nk pinjam pijak semut tak mati...bila dah dapat lawan tokey...memang muka kulit babi..lidah biawak kabok...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.