ADA SESIAPA YANG BOLEH BANTU ADIK WAN ARIF FERDAUS?? @NajibRazak


Impian kanak-kanak yang menghidapi kanser tulang, Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, 8, untuk bertemu angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjadi kenyataan apabila mereka ditemukan di Planetarium Negara kira-kira jam 11.30pagi tadi.

Kegembiraan jelas terpancar dari raut wajah anak kecil itu sebaik angkasawan berkenaan memeluk dan menciumnya.

Walaupun menghidapi kanser tulang tahap empat, Arif Ferdaus kelihatan seperti kanak-kanak yang sihat, malah pergerakannya aktif.

Ibunya, Zetty Ramli, 28, berkata, sehari sebelum pertemuan, Wan Arif Ferdaus begitu teruja apabila dikhabarkan akan bertemu Sheikh Muszaphar.

“Dia memang tidak pernah tunjuk yang dia sakit, lebih-lebih lagi bila dapat tahu dia akan jumpa idolanya itu, dia benar-benar gembira. Semalaman dia tidak lena tidur sebab tidak sabar tunggu hari ini. Kami telah bertolak dari Ipoh semalam dan menginap di sebuah hotel di Subang Jaya.

“Alhamdulillah, saya terharu dan seronok melihat keadaan dia. Saya turut berterima kasih kepada Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (PIKM) kerana mereka sanggup membantu merealisasikan impian dia untuk bertemu sumber inspirasinya itu,” katanya pada sidang media di Planetarium Negara.

Turut hadir pada pertemuan itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Fadillah Yusof dan Presiden PIKM, Tan Sri Ramon Navaratnam.

Menurut Zetty, sehingga kini, jumlah sumbangan terkumpul bagi kos pembedahan anak sulungnya yang mesra dengan panggilan Abang, mencecah RM15,000.

“Dalam tempoh dua bulan, kami perlu mengumpul kira-kira RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemindahan tulang titanium Abang. Jumlah itu termasuk RM40,000 untuk kos transplan dan RM38,000 untuk implan kaki kirinya yang dikenal pasti mengalami kanser.

“Kami tidak sanggup lagi bila lihat dia tidak dapat tidur malam kerana menanggung kesakitan. Insya-ALLAH. Kami harap dengan bantuan semua, Abang dapat jalani pembedahan dan dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Zetty berkata, setakat ini, Wan Arif Ferdaus telah tiga kali menjalani rawatan kemoterapi dan rawatan itu akan diteruskan sebanyak tujuh kali sebelum menjalani pembedahan.

“Sekiranya wang mencukupi, pembedahan Abang akan dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Menurutnya, Wan Arif Ferdaus disahkan mengalami kanser tulang selepas menjalankan Gema Pengimejan Magnetik (MRI) dan x-ray di Hospital Pantai dan keputusan itu dirujuk ke PPUM.

“Pada awalnya, ujian biopsi mengesahkan Abang menghidap kanser tulang tahap dua, malangnya, pada 26 Mac lalu, kansernya sudah merebak dan difahamkan sudah berada di tahap empat dan pembedahan perlu dilakukan, segera sekurang-kurang dalam tempoh dua bulan ini,” katanya.



Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank atas nama Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob (bapa) 158015114461 atau hubungi 017-5208839 (Zetty) atau 012-5093505 (Wan Ahmad Affendy).

**EP harap mana-mana pemimpin UMNO atau mana ahli perniagaan yang mempunyai duit terlebih tu..bolehlah bantu adik ni supaya dia tidak perlu menunggu selama 2 bulan untuk cukupkan duit pembedahannya...TQ Sinar kerana prihatin membantu adik ini...
ADA SESIAPA YANG BOLEH BANTU ADIK WAN ARIF FERDAUS?? @NajibRazak ADA SESIAPA YANG BOLEH BANTU ADIK WAN ARIF FERDAUS?? @NajibRazak Reviewed by Empayar Pemuda on 10:02 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.