3 NEGERI PAKATAN HARAM KANTOI JALANKAN OPERASI HARAM...TAHNIAH ANWAR!!!


Polis percaya telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah tempatan yang aktif di beberapa negeri apabila menahan 14 lelaki dan dua wanita serta membongkar tiga makmal memproses dadah dalam serbuan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut merampas 2.5 kg dadah jenis syabu, bahan-bahan kimia dan pelbagai peralatan memproses dadah.

Polis juga merampas wang tunai sebanyak RM266,288 dan 10 buah kenderaan mewah bernilai lebih RM1 juta, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di sebuah rumah teres di Klang, Selangor, polis menahan sembilan lelaki dan dua wanita serta merampas 228 gram syabu bersama peralatan memproses dadah.

Susulan serbuan itu, polis membuat serbuan di sebuah dusun di Kampung Kemunting, Karangan di Kulim, Kedah dan menahan tiga lelaki yang sedang membungkus dadah dalam sebuah pondok yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah, katanya.

Noor Rashid berkata hasil siasatan terhadap suspek yang ditahan itu, polis membuat serbuan ketiga di Bukit Tambun, Pulau Pinang dan menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat secara langsung dengan kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis
syabu itu.

"Kesemua 16 rakyat tempatan yang ditahan itu berusia antara 23 dan 60 tahun dan beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan dadah," katanya.

Noor Rashid berkata hasil siasatan polis mendapati ketiga-tiga makmal memproses dadah itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Beliau berkata ketiga-tiga serbuan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan kerjasama Narkotik Kedah dan Pulau Pinang itu dibuat hasil maklumat awam dan risikan selama beberapa bulan.- Bernama


3 NEGERI PAKATAN HARAM KANTOI JALANKAN OPERASI HARAM...TAHNIAH ANWAR!!! 3 NEGERI PAKATAN HARAM KANTOI JALANKAN OPERASI HARAM...TAHNIAH ANWAR!!! Reviewed by Empayar Pemuda on 5:53 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.