WTF..LIM GUAN ENG TAKUT KESELAMATANNYA TERANCAM...



Mesyuarat Exco Pulau Pinang hari ini mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan polis menjamin keselamatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan petugas media di negeri ini daripada diancam ahli Umno dan Perkasa.

Ini perlu berikutan inisiden pergaduhan Himpunan Hijau 2.0 antara penyokong anti-Lynas dengan ahli Umno dan Perkasa yang didakwa cuba membuat kacau ganggu dengan menolak, menghalau dan memukul peserta yang hadir.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, Exco juga mahu Kementerian Dalam Negeri mengarahkan polis Pulau Pinang mengambil tindakan tegas terhadap perusuh yang dipercayai daripada kumpulan Umno dan Perkasa yang mengancam keselamatan Guan Eng dan petugas media pada perhimpunan itu.

Beliau berharap polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah agar peristiwa seperti itu tidak berulang lagi di Pulau Pinang.

"Kegagalan polis mengambil tindakan terhadap individu tertentu sebelum ini dipecayai antara punca mereka  'naik minyak' dan tidak takut untuk melakukan ancaman terhadap petugas media.

"Jika tiada tindakan tegas daripada polis, ia  seolah-olah membuka ruang kepada mereka untuk mengulangi tindakan sama atau lebih daripada itu termasuk mengancam Ketua Menteri dan memukul wartawan pada masa akan datang," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Guan Eng  mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan insiden sekumpulan pemuda, didakwa ahli Umno dan Perkasa, mengepung keretanya dan menyerang orang ramai ketika Himpunan Hijau di Georgetown, daripada berulang.

Selain itu, beliau mahu Ismail mengambil tindakan ke atas anggota polis yang tidak berbuat apa-apa untuk menghalang kumpulan pemuda terbabit daripada menghampiri kereta dan cuba menyerangnya.


**Tak payah nak bohong sangat..memang Ketua Menteri dasar penipu..lidah bercabang..
WTF..LIM GUAN ENG TAKUT KESELAMATANNYA TERANCAM... WTF..LIM GUAN ENG TAKUT KESELAMATANNYA TERANCAM... Reviewed by Empayar Pemuda on 7:34 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Buat perhimpunan tanpa keizinan Polis (permit) tapi bila timbuk kekacauan nak salahkan polis pula. apa ke jadah harami komunis ni...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.