WAH!! APEK CELAKA INI SUDAH BERANI CAKAP MELAYU KURANG AJAR....

Alaa apek...buat apa lu bising-bising..tiap-tiap kali pilihanraya lu orang akan bagi alasan yang sama...BN itu dan BN ini...semuanya yang tak elok pasal BN..Kalau BN menang..lu orang tuduh kata pilihanraya kotor...tapi bila lu orang menang...inilah kuasa rakyat...macam haram jadah...

Jangan main tuduh-tuduh apek je..jangan main politik pondan...nak dapat simpati rakyat..buktikan apa yang lu cakap dan kemudiannya buat laporan polis...kalau tak puas hati juga saman je...budak sekolah tadika pun reti nak tuduh....

Apa maksud lu bila lu cakap "Ini bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu"..sekarang lu nak cakap Melayu kurang ajar pula ke? Wah nampaknya lu sudah banyak selesa dengan undi cina ye..Undi Melayu sudah tak penting bagi lu...cakap elok-elok sikit apek..Sebenarnya bukan orang Melayu kurang ajar...tapi lu yang kurang ajar..tak tau nak hormat orang Melayu...rasis..




Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, DAP mendakwa isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi "pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia." Ramai membuat spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan Mei atau Jun.


Dalam perutusan sempena ulang tahun ke-46 penubuhan DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, kunjungan para pemimpin Barisan Nasional (BN) ke setiap untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.


"Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka.


"Pemimpin-pemimpin PR seperti (Ketua Umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas Mat Sabu (Mohamad Sabu) dan saya sendiri telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila kami menghadiri acara-acara awam," katanya dalam perutusan yang diedarkan kepada media.


Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh seorang penyokong BN di Pahang baru-baru ini.


"Ini bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal," katanya lagi.


"Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah. Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,000 sebagai sogokan," kata beliau.


Guan Eng juga berkata, kewujudan politik DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu iaitu "Duit, Media, Jentera Kerajaan" dan "Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR dan juga Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya" dalam PRU13.


Katanya, walaupun komponen Pas, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan soal kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu.


"Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-olah ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan kad pengenalan kepada mereka, dan keengganan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan baru-baru ini peralihan pengundi secara senyap ke kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya lagi.


Oleh itu kata beliau, para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik BN ini supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti.


Guan Eng mahu semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha bagi memastikan PR memenangi pilihan raya supaya dapat kekal berkuasa di kerajaan-kerajaan negeri dan "harap-harap juga di Kerajaan Persekutuan."
WAH!! APEK CELAKA INI SUDAH BERANI CAKAP MELAYU KURANG AJAR.... WAH!! APEK CELAKA INI SUDAH BERANI CAKAP MELAYU KURANG AJAR.... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:20 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.