VIDEO HOT : PERKARA YANG TAK PERNAH TERFIKIR NICKY AZIZ BOLEH BUAT...



Ada banyak perkara yang tidak membuatkan Nik Abdul Aziz sebagai seorang ulama. Salah satunya ialah ijtihad yang kerap berubah-ubah mengikut suasana, tempat, persekitaran dan kehendak audiens politik. Seperti sesumpah yang boleh menukar warna kulitnya mengikut persekitaran dengan bebas dan tanpa rasa bersalah, itu jugalah yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz.

Tentu ramai yang masih ingat arahan-arahan pelik Nik Abdul Aziz membabitkan gender terutama sekali yang berkisar tentang wanita. Nik Abdul Aziz pernah memberi alasan mengapa wanita tidak dibenarkan bekerja dengan alasan yang dilihat lebih mirip kepada kaum Taliban dan Pashtun yang terikat dengan adat istiadat mereka sebelum Islam. Nik Abdul Aziz pernah memberi gambaran tentang wanita-wanita cantik yang tidak perlu dibenarkan peluang kerja kerana mereka mudah mendapat suami.

Pendek kata, banyak sangat ijtihad yang pelik-pelik yang dikeluarkan oleh seorang lelaki tua yang katanya sangat dihormati.

Dan pada muktamar Muslimat PAS, entah kitab mana pula yang dibacanya sehingga Nik Abdul Aziz terjumpa fakta yang mengatakan kaum wanita perlu membuang tanggapan bahawa mereka adalah pelengkap kaum lelaki. Malah katanya, kaum wanita perlu melengkapkan diri untuk bersaing di peringkat nasional. 

Mungkin juga Nik Abdul Aziz sudah tersua dengan kitab yang membicarakan tentang lelaki dan wanita tidak dibezakan oleh jantina mereka di sisi Allah Taala sebaliknya dari segi keimanan dan ketaqwaan mereka. Barangkali juga Nik Abdul Aziz baru sedar, wanita bukanlah untuk penyedap kemaluan lelaki semata-mata.

Dan barangkali juga Nik Abdul Aziz baru sedar, wanita bukanlah hamba sahaya yang dimiliki oleh lelaki yang bergelar suami, sebaliknya merupakan rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang dikenali sebagai institusi rumahtangga.

Entah yang mana satu betul, hanya Nik Abdul Aziz sahaja yang tahu. Barangkali sebarang kebetulan lebih banyak bergantung kepada keperluan dan permintaan!!!

Dan entah bila pula, Nik Abdul Aziz akan menukar ijtihadnya sekali lagi!!!
VIDEO HOT : PERKARA YANG TAK PERNAH TERFIKIR NICKY AZIZ BOLEH BUAT... VIDEO HOT : PERKARA YANG TAK PERNAH TERFIKIR NICKY AZIZ BOLEH BUAT... Reviewed by Empayar Pemuda on 4:20 PM Rating: 5

1 comment:

  1. dulu kata suara wanita adalah aurat, jangan kata berhujah di dewan rakyat, masuk tilawah pun tak boleh...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.